CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7874|Reply: 19

Awas! Tak Berpuasa Secara Sengaja Di Perak Boleh Didenda RM1,000, Penjara Enam Bulan

[Copy link]
Post time 15-3-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode




IPOH – Umat Islam di Perak yang didapati tidak berpuasa secara sengaja di bulan Ramadan boleh dikenakan denda RM1,000 atau hukuman penjara enam bulan.


Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim berkata, tindakan denda atau penjara itu adalah selari dengan Seksyen 24 Enakmen Jenayah (Syariah) 1992.


“Jika ditangkap dan didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya menerusi Bahagian Penguatkuasaan JAIPk terus mengadakan operasi ketika Ramadan bagi memastikan tiada umat Islam yang melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.


Katanya, pihaknya sedia maklum dengan lokasi-lokasi yang dijadikan tempat ‘geng plastik hitam’ membeli makanan ketika Ramadan dan pemantauan akan terus dilaksanakan pihaknya.


“Setakat hari ini, tiada tangkapan yang dilakukan namun kita akan terus melakukan operasi, seperti yang boleh dilihat orang ramai dilakukan oleh Pejabat Agama Daerah Gerik,” katanya.


Untuk makluman, Harith Fadzilah berkata, terdapat tiga kes tidak berpuasa yang direkodkan pada tahun lalu iaitu melibatkan kesalahan seperti makan di tempat awam dan menghisap rokok.


Mengulas isu berkaitan, tambah beliau, wujud juga trend yang mana umat Islam tidak berpuasa menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan untuk membeli makanan.


Katanya, ia sekali gus menjadi antara punca individu yang membeli makanan secara terang-terangan pada waktu siang sukar untuk dikesan.


Dalam pada itu, Harith Fadzilah menasihati agar umat Islam meningkatkan ibadah pada bulan Ramadan sekali gus memperbaiki amalan masing-masing berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2024 01:19 PM | Show all posts
perlu ke sampai penjara.. adakah berlandaskan hukum syariah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana nak yak yak yey nnt
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:33 PM | Show all posts
quote enakmen:-
"Seseorang yang pada siang hari di dalam bulan
Ramadhan—
(a) menjual apa-apa makanan, minuman atau
tembakau kepada seseorang yang beragama
Islam untuk dimakan, diminum atau dihisap
dengan serta merta; atau
(b) dengan terang-terang atau di tempat awam
didapati sedang makan, minum atau
menghisap tembakau,
adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila
disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi satu
ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi
enam bulan dan bagi kesalahan yang kedua atau yang
berikutnya hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit
atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
kedua-duanya."

Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tidak dirotan di hadapan Masjid Ubudiah?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2024 10:06 PM | Show all posts
Kesalahannya kerana makan di tempat awam. Kalau nak kata sebab tak puasa, ramai ja tak puasa means kena ngekor dia from dawn to dusk kalau nak enforce.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-3-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Ntah le mungkin aku ni jenis jgn sibuk hal org sgt. Mungkin la laki2 yg x berpuasa tu buruh ke, mmg ada masalah gastric serious ke, so kena mkn. Sbb aku rs puasa ni klu sibuk kerja dlm ofis, mmg x rs nk mkn, tp ngantuk tu ada la. Rs nk marah2 pun ada je time puasa ni. Tp tahan lapar tu mcm boleh tahan. ( nafsu lain cm nk marah2, tgk benda lagha lg ssh nk dikawal dr tahan mkn bg aku). Klu aku mmg husnozon org tu x sihat ( gastric teruk) klu nmpak ponteng puasa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2024 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tk reti nak masak dekat umah ke?
Nk jugak makan dkat luar,kan kena tngkap.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 12:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sahaja aku berpuasa kerana xnak msuk penjara [em:14:]
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:47 PM | Show all posts
masalah puasa ni "dosa" individu. antara dia dan Tuhan.
tu yg seharusnya di malukan segala perasuah2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols sokong je tapi utk lelaki2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Pilihan lain


Mi Kari ah hock
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:17 PM | Show all posts
I ada je staf yg x puasa. Tapi tgklah kerja berat yg macam mana kn tanggung pada bulan puasa. Harapnya pada bulan lain pada ketika kerja ringan gantilah puasa.

I pun ada staf mmg x puasa dalam apa jua keadaan. Masak mee segera di bangsal dan ajak yg lain join. oleh kerana dia x percaya syurga dan neraka mmg sukar utk dinasihati. semoga sempat bertaubat
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:39 PM | Show all posts
aku x paham dgn org tak puasa ni. budak2 pn boleh puasa. ni dah tua bangka tak tau nak ckp apa ngan org mcm ni. mcm mati plak klu tak makan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak puasa takleh raya.


Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
patutnya utk lelaki aja ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 18-3-2024 04:39 PM
aku x paham dgn org tak puasa ni. budak2 pn boleh puasa. ni dah tua bangka tak tau nak ckp apa ngan  ...

Meolls ada colleague laki yg mmg x posa.. Tengah hari je lesap p cari makan
Harini bos cerita dia makan kat workdesk sakit katanya
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 18-3-2024 07:26 PM
Meolls ada colleague laki yg mmg x posa.. Tengah hari je lesap p cari makan
Harini bos cerita dia  ...

Kt tempat iols dulu hr mgr sendiri yg x puasa.


Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
arareez replied at 18-3-2024 07:26 PM
Meolls ada colleague laki yg mmg x posa.. Tengah hari je lesap p cari makan
Harini bos cerita dia  ...

Bos pun membawang kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2024 10:29 AM | Show all posts
Undang2 dan peraturan itu utk mendidik...kalau semua benda tak boleh ditegur, nnt salahkan jugak jabatan agama sbb tak buat kerja.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.077527 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list