View: 14061|Reply: 9
|
4 tahun bercinta, Naim Daniel tinggalkan kekasih macam tu je
[Copy link]
|
|
Terkandas di tengah jalan... Itu dapat disimpulkan mengenai hubungan penyanyi Naim Daniel dengan kekasih hati yang dirahsiakan identitinya.
Naim atau Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, berkata, perpisahan itu adalah berpunca daripadanya yang ingin ‘mencari’ diri sendiri.
Malah Naim memberitahu keputusan menamatkan hubungan berlangsung selama empat tahun itu adalah yang terbaik.
"Saya yang tinggalkan hubungan empat tahun itu sebab saya hendak mencari diri saya sendiri.
"Saya tidak ingat berapa lama saya ambil masa untuk buat keputusan (berpisah) tapi saya tahu itu yang terbaik," katanya kepada mStar.
Naim membuat pendedahan itu ketika ditemui pada acara House Party XO House yang diadakan di Petaling Jaya pada malam Jumaat.
Enggan dibelenggu dengan kekecewaan berpisah, Naim menganggap hubungan cinta tidak berpihak kepadanya walaupun ia meninggalkan kesan mendalam pada diri.
Sebaliknya Naim meluahkan semua perasaan dan emosi dalam lagu-lagu album terbaharunya berjudul Lelaki Gila yang akan dipasarkan tidak lama lagi.
“Hidup perlu diteruskan sebab kalau ikutkan saya bukanlah jenis orang yang ‘pegang’ atau tunggu seseorang... Kalau kata sudah bukan jodoh dan rezeki nak buat macam mana.
“Sedikit (kecewa) tapi apa-apa pun sekarang saya malas fikir sebab nak bangkit pada tahun 2025," ujarnya.
Mengakui masih belum bertemu pengganti, Naim kini mahu fokus kepada karier seninya.
Pun begitu dia tidak menolak sekiranya hatinya terbuka untuk menerima seseorang yang baharu dan mendirikan rumah tangga pada tahun ini.
"Siapa saja yang datang selepas ini insya-Allah saya okay saja. Sekarang saya single tapi tidak mencari kerana saya fokus dengan apa saya buat ketika ini.
"Sekarang ini baru saya rasa ‘seru’ nak kahwin dan perasaan itu tidak pernah muncul sebelum ini.
“Kita sendiri pun tak tahu bila panggilan itu sampai. Tapi kalau sudah sampai masa, saya akan jadi orang paling bahagia," luahnya.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ko nak mencari diri sendiri kat club2 tertentu ke camne?
dia ni sejak2 ada band mcm terlalu nak menunjuk sesuatu |
|
|
|
|
|
|
|
Apa maksud cari diri sendiri? Ko dah free hair, takkan nak pakai tudung? Ke ko penyamar, ko sebenarnya alien? |
|
|
|
|
|
|
|
Patutlah dia cam broken lately. Ex pulak bertunang tetiba haha |
|
|
|
|
|
|
|
rayna_raynes replied at 19-1-2025 01:23 AM
Patutlah dia cam broken lately. Ex pulak bertunang tetiba haha
Ex dia siapa?? Mohon pencerahan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia tinggalkan ke atau ditinggalkan.. kenapa baca2 vibe macam dia yang kena dump. Patut la macam broken je. Takpelah dik, umur pun masih muda lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa bagus la dia tinggalkan. Dia tau dia tak leh commit. Drpd perempuan tu makan hati je tgk bf nya jimba sana sini. To be honest, kalau dia kena tinggal pun I percaya je |
|
|
|
|
|
|
|
SR4tahun replied at 19-1-2025 01:37 AM
Ex dia siapa?? Mohon pencerahan
Adakah syasya abedul..sbb deols pernah berlakon skali dulu2...kan dia pun bertunang |
|
|
|
|
|
|
| |
|