CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19373|Reply: 19

[Tempatan] Anak Nurul Izzah Hilang Di Putrajaya!

  [Copy link]
Post time 17-3-2024 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by tumpanglalu74 at 17-3-2024 01:47 AM



PUTRAJAYA: Merajuk dan perselisihan faham dengan ahli keluarga dipercayai punca seorang wanita melarikan diri dari rumah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, wanita dikenali sebagai Nurul Aishah Abdullah, 20, dilaporkan hilang dari rumah di Dwiputra Residensi, Presint 15, dekat sini pada 9 Mac lalu.

Beliau berkata, mangsa dipercayai keluar dari rumah jam 1 tengah hari pada hari kejadian.

Sehubungan itu kata beliau, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

"Siasatan awal, dipercayai kehilangan Nurul Aishah ini berlaku kerana merajuk dan berselisih faham dengan ahli keluarga.

"Untuk itu, pihak polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini untuk memberi kerjasama dan membantu siasatan," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai kes orang hilang.

Terdahulu media melaporkan, Nurul Aishah keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham dengan ahli keluarga.

Ibunya, Nurul Izzah Lenny Abdullah Mathius, 43, berkata, anaknya keluar berjalan kaki pada hari kejadian dan tidak membawa kad pengenalan.

Malah menurutnya, Nurul Aishah juga tidak membawa bersama telefon bimbit, sehingga sukar untuk dihubungi.

Katanya, ahli keluarga berasa sangat bimbang dengan keselamatan Nurul Aishah kerana dia tidak mempunyai ramai kawan dan seorang yang pendiam.

Tambahnya lagi, semasa meninggalkan rumah, anaknya itu dipercayai tidak membawa pakaian dan duit secukupnya.

Jelasnya, perkara tersebut akan menyebabkan Nurul Aishah berada pada situasi sukar bagi meneruskan kehidupan di luar sana.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
saliv replied at 17-3-2024 12:32 PM

Lembam kot. Umor 20 xkeje. Keluar xbawa ic, xbawa phone
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
cam nama pilak jer..aku nengok...
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Skuau replied at 17-3-2024 01:06 PM
cam nama pilak jer..aku nengok...

Ingatkan anak beranak pelaq...tajuk mengundang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa minggu ni banyak budak perempuan teen hilang? Semoga dijumpai selamat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-3-2024 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
saliv replied at 17-3-2024 12:32 PM

main tunjal2 kepala ni pantang betul iols. kalau bdk tu salah sgt pun ko sesah je la kaki dia skali kejadah main kepala.bdk ni dah 20thn, kene yg barab mau membalas balik.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 01:48 PM | Show all posts
siapa tahan umur 20 kena jadi maid, jaga adik adik baru, lepas tu kena tunjal pulak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2024 02:05 PM | Show all posts
serkap jarang je.......... paktiri selamat, mak senyap menangkan, anak makan hati... tu la dia.........
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa tiri dan maknya keje ka dok umah? Keje apa?

Kalau maknya dok umah, awat soh budak ni jaga adik? Awat tak soh pi cari keje?
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 03:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols kesian dngn elder siblings terutama anak sulong,kena pikul tanggungjawab macm ni.
Duit banyk takkan la tk mmpo hire maid.
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2024 04:06 PM | Show all posts
Tepuk je kepala nye biar refresh.

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 10:35 AM | Show all posts
Ahriman replied at 17-3-2024 03:25 PM
Iols kesian dngn elder siblings terutama anak sulong,kena pikul tanggungjawab macm ni.
Duit banyk ta ...

payah jd anak sulong, terutama perempuan, kena jd pandai kena belajar, at teh same time kena buat kerja rumah kena rajin, kena jaga adik2....i olls dulu xkluar rumah sbb nk kena jaga adik2 yg ramai
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:18 PM | Show all posts
ape ditunjal kepala die
bdk dh besor manusia
apooo laaa


ko cari keje dek, pindah & built ur own life gitu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:21 PM | Show all posts
yg dibgtau cuma tunjal jer..lain2 kita xtau..ntah2 mental torture ke..ade pkl2 ke
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:46 PM | Show all posts
Eh adalagi sekor kan yg siti dhia pun merajuk lepas tu lari rumah..

Dah jumpa semalam lepas tu bapak dia cakap lepas ni tak garang2 dah

Dahsyat ek
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 12:47 PM | Show all posts
Lol berita ni saje je kan, ingat kan nurul izah anak pmx
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
pelik tengok maknya post anak hilang macam anak jiran sebelah je yang hilang...

takde sentimental langsung...takde ayat2 pujuk anak baliklah kalau terbaca status ni...

dahlah ada anak berderet, paling kecik toddler rasanya...

sekejap baca artikel hilang 9hb, sekejap kata hilang pagi isnin 11/3...

keluar tak bawak ic dan hp, dah macam orang tertekan mental je iols rasa...

harap2 adik aishah ni selamat dan tenang...kot2 duk berlindung kat masjid time2 puasa ni kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 02:15 PM | Show all posts
patut check bapak tiri tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 04:15 PM | Show all posts
mak nya orang sabah ka ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:36 PM GMT+8 , Processed in 0.151564 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list