CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6820|Reply: 1

[Johor] Kelar bayi: Ibu berubah sikap jadi pendiam

[Copy link]
Post time 17-3-2024 01:16 PM | Show all posts |Read mode

SEORANG bayi ditemui mati dipercayai dikelar ibunya dalam kejadian di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang, Johor, semalam.

JOHOR BAHRU – Ibu kepada bayi yang ditemui mati dikelar di Taman Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini, semalam, menunjukkan perubahan sikap seorang peramah dan mesra menjadi pendiam.

Ahli keluarga terdekat ketika ditemui berkata, perubahan sikap wanita berusia 32 tahun itu dikesan sejak Jumaat lalu sebelum suaminya pergi kerja di sebuah kilang di Tanjung Langsat, Pasir Gudang.

“Suaminya cakap, dia risau nak tinggalkan isterinya untuk pergi kerja sebelah pagi sebab malam Sabtu dia diam.

“Mereka baik-baik sahaja tak ada gaduh pun, boleh kata sering balik kampung di Felda Redong dan Kemelah, Segamat,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Dia berkata, mereka sekeluarga terkejut apabila dihubungi bapa bayi memaklumkan kejadian menyayat hati itu kira-kira selepas waktu zohor, semalam.

Katanya, kali terakhir mereka bertemu ketika berbuka puasa awal Ramadan lalu di kampung halaman di Segamat.

“Memang kami tidak sangka perkara seperti ini berlaku, memang kami terkejut sebab setahu kami ibu (mangsa) tak ada sakit,” katanya.

Keluarga kedua-dua pihak memaklumkan pasangan itu sudah lama kenal sejak di bangku sekolah sebelum mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.

Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata iaitu mangsa yang kini berusia setahun enam bulan dan tinggal bertiga di Taman Cahaya Masai sejak berkahwin.

Dalam pada itu, ahli keluarga memaklumkan mangsa merupakan anak tunggal yang aktif selain baharu boleh berjalan serta bercakap.

Dalam kejadian pada pukul 1.30 tengah hari kelmarin, seorang bayi lelaki setahun enam bulan ditemui mati dipercayai dikelar ibu kandungnya.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar si mati yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... sikap-jadi-pendiam/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2024 02:22 PM | Show all posts
seram ah baca news gini.
semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.331666 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list