CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5513|Reply: 11

[Tempatan] TERLUPA ANAK 4 TAHUN DALAM KERETA

[Copy link]
Post time 18-3-2024 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by ReginaGeorge at 18-3-2024 08:58 AM

Satu keluarga panik, terlupa anak 4 tahun tertidur hampir 15 minit dalam kereta


PASANGAN suami isteri berdepan detik cemas apabila menyedari seorang anak perempuan mereka berusia empat tahun 'tertinggal' di dalam kereta pada Jumaat.

Insiden mencemaskan yang berlaku di sebuah taman perumahan dekat Selangor kira-kira pukul 2 petang itu hanya disedari mereka selang 15 minit kemudian.

Difahamkan, kejadian itu berlaku selepas kanak-kanak tersebut tertidur ketika mengikut ibunya menghantar anak-anak yang lain ke sekolah sesi petang.

Kejadian berkenaan juga dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) rumah mereka sebelum dikongsikan di aplikasi TikTok @farishal83 pada Sabtu.

Berdasarkan klip berdurasi 49 saat tersebut, bapa kepada kanak-kanak itu diikuti ahli keluarga lain bergegas lari menuju ke sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda CRV untuk mendapatkannya.

"Sejarah hidup tak pernah lupa, tapi kali ini jadi pengajaran. Anak tertidur dalam kereta belah belakang.

"Tak ingat nak keluarkan, 15 minit juga, semuanya selamat," katanya menerusi kapsyen video yang dikongsikan.

Bapa kanak-kanak itu yang juga merupakan seorang ahli perniagaan berkongsi kisah yang berlaku selepas kejadian tersebut.

"Cerita lepas kejadian, papa pergi periksa kereta dan cuba duduk di dalam. Suhu semalam (Jumaat) 42 darjah (celsius) lepas solat Jumaat.


"Kesimpulannya, walaupun kereta dah berkunci, lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual.


"Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan pendingin hawa 15 hingga 20 minit lepas," tulisnya. — Majoriti





Oleh NUR IFTITAH ROZLAN
Ahad, 17 Mac 20243:43 PM MYT

Artikel ➡️ Majoriti

#infosemasa
@infosemasaofficial

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau kemaluan boleh ditanggalkan, mesti terlupa nak pasang balik
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ank2 dia berapa org? 8 org ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 18-3-2024 08:04 AM
kalau kemaluan boleh ditanggalkan, mesti terlupa nak pasang balik

Hahahahaha ok ini tak pernah dengar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2024 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 18-3-2024 08:08 AM
Ank2 dia berapa org? 8 org ke?

Damage control si papa:


"Kesimpulannya, walaupun kereta dah berkunci, lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual.

"Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan pendingin hawa 15 hingga 20 minit lepas," tulisnya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:11 AM | Show all posts
Allahurabbi....nasib tak jadi apa2...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-3-2024 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
firstlurv replied at 18-3-2024 08:11 AM
Allahurabbi....nasib tak jadi apa2...

Nasib baik 15 minit je. Mau sejam… boleh strok haba juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
ReginaGeorge replied at 18-3-2024 08:10 AM
Damage control si papa:



Kesimpulan bapak dia pon entah pape. I biasanya x kecam kes2 mcm ni, sbb selalu berlalu between 2-3 org, either mak / bapak dgn mangsa atau ada lg sorang ank lain. Dan biasanya berlaku dkt tmpt kerja . Yg ni entah la rasa geram dgn ignorance mak n ayah, since i assume both ada based on artikel tu n siblings yg lain buat apa??? Tgn melekat phone ke xtlg tgk kan?? Benci betul selfish menonong je keluar kereta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2024 08:19 AM | Show all posts
"Kesimpulannya, walaupun kereta dah berkunci, lock boleh dibuka dari dalam dan keluar secara manual.

"Keadaan dalam kereta masih sejuk kesan pendingin hawa 15 hingga 20 minit lepas," tulisnya.


oo nak cakap x bahaya la, maknanya anak pandai je nk buka kereta sendiri ek? ape ko ingat anak 4 tahun tu pandai ke buka pintu? kalau pandai, takde la kes budak mati dlm kereta.

AKU NAK TANYA, HENFON KORANG LUPA TAK? TAK KAN??? teponn korang takkan lupa sebab tepon mmg dh berjahit di tgn zmn skg ni
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:26 AM | Show all posts


Intai apa kak? Cermin gelap ehh?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2024 08:29 AM | Show all posts
sblm keluar keta cek la dulu...dh bnyk kali org pesan...dh bnyk sgt kes...tak serik2 ke...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2024 09:07 AM | Show all posts
Apa Itu Sindrom Lupa Anak (Forgotten Baby Syndrome) & Cara Untuk Mencegahnya



“Seorang bayi perempuan meninggal dunia selepas ibunya membiarkannya selama 8 jam di dalam kereta…”
Kebelakangan ini, semakin banyak kes anak kecil meninggal dunia di dalam kereta. Puncanya? Ibu bapa sendiri yang terlupa yang anak mereka yang masih berada di dalam kereta. Otak mereka hanya terfikir tentang kerja yang ingin disambung semula sejurus sampai ke tempat kerja.
Fokus yang berlebihan terhadap kerja menyebabkan mereka terlupa perkara lain termasuklah anak mereka yang masih berada di dalam kereta.
Ada juga kes yang si ibu menyangkakan si bapa telah menghantarkan anak mereka ke tempat pengasuh walhal anak masih lagi berada di dalam kereta, ditinggalkan oleh ibunya sendiri.
Kejadian anak yang tertinggal di dalam kereta ini kita gelarkan sebagai forgotten baby syndrome atau sindrom lupa anak.
Punca Forgotten Baby Syndrome
Punca utama kenapa forgotten baby syndrome ini terjadi masih tidak diketahui secara tepat tetapi ini merupakan antara punca yang telah dikenalpasti :
1. Ibu Bapa yang Letih & Lesu
Zaman sekarang, tak pelik kalau kedua-dua ibu dan juga bapa bekerja mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup. Lagi-lagi dengan adanya anak kecil, keperluan kewangan itu makin bertambah. Ada yang sampai terpaksa melakukan sehingga lebih daripada dua kerja!

Keletihan bekerja boleh menyebabkan badan menjadi lesu. Badan yang lesu pula adalah antara punca minda manusia boleh kehilangan fokus terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Inilah yang menjadi punca ibu bapa menjadi lupa yang anak mereka masih berada di dalam kereta.
2. Perubahan Rutin
Setiap keluarga kebiasaannya mempunyai rutin harian yang tetap. Bermula daripada bangun pagi, bersiap, hinggalah anak dihantar ke tempat pengasuh. Biasanya, sama ada ibu atau bapa yang akan menghantarkan anak mereka ke tempat pengasuh.
Katakanlah si bapa yang biasanya menghantarkan anak ke tempat pengasuh. Tetapi tiba-tiba si bapa ada urusan lain yang menyebabkan si ibu yang terpaksa menghantarkan anak mereka.
Walau bagaimanapun, si ibu terlupa yang dia sepatutnya menghantar anak ke tempat pengasuh.
Si ibu pula terus masuk ke dalam tempat kerja tanpa memeriksa dalam kereta kerana sudah menjadi rutinnya. Badan si ibu berada dalam mod ‘autopilot’ menyebabkan dia lupa yang anaknya masih lagi berada di dalam kereta.
Perubahan kecil dalam rutin harian menyebabkan ibu bapa terlupa untuk menghantarkan anak mereka ke tempat jagaan harian kerana ia bukanlah benda yang biasa mereka lakukan.
Kesan Sindrom Terlupa Anak
Bayangkan kalau anda dikunci dalam kereta yang diparkir di tengah panas, berapa lama anda boleh tahan? Dengan panas, pengap, dan kekurangan udara lagi. Anda tidak akan menunggu lama sebelum anda cuba untuk pecahkan cermin kereta. Itu pun kalau berjaya pecahkan.
Bayangkan kalau anak kecil yang terkunci di dalam kereta. Sedangkan anda pun tak boleh nak pecahkan cermin kereta, apatah lagi mereka?
Ini kesan jika ada anak kecil dan bayi yang ditinggalkan dalam kereta yang berkunci:
  • Kerosakan otak
  • Sawan
  • Tak sedarkan diri dan koma
  • Kematian
Sekalipun jika anak kecil atau bayi berjaya diselamatkan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan sekalipun, mereka berkemungkinan besar akan menghadapi kesan jangka panjang seperti berikut:
  • Hilang upaya intelektual (lembam)
  • Palsi serebrum
  • Hilang deria penglihatan
  • Hilang deria pendengaran
Kesan ini bukan hanya pada anak yang menjadi mangsa tetapi juga kepada ibu bapa. Kemalangan ini boleh memberi kesan kepada ibu bapa melalui:
1. Hubungan Keluarga Yang Renggang
Tidak kiralah sama ada si ibu atau si bapa yang yang meninggalkan anak, dialah yang akan dipersalahkan dan diherdik. Pergaduhan akan menular hingga boleh menyebabkan hubungan menjadi dingin dan mengambil masa yang lama untuk surut.
2. Ibu Bapa Hilang Keyakinan Diri
Antara kesannya ialah ibu bapa boleh terkena penyakit mental seperti Major Depressive Disorder (MDD), Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD), dan juga serangan gemuruh. Penyakit mental seperti ini boleh menjejaskan ibu bapa itu sendiri dan meragut keyakinan ibu bapa untuk menjaga anak mereka sendiri.
3. Kewangan Keluarga Terjejas
Jika anak mengalami kesan kesihatan jangka panjang akibat sindrom terlupa anak ini seperti palsi serebrum, sudah semestinya ia akan memerlukan pemeriksaan kesihatan berkala dan ubat-ubatan serta makanan khas yang harganya tidak murah.
Disebabkan ini, komitmen keluarga akan makin bertambah dan ini boleh menjejaskan keadaan kewangan keluarga.
Cara untuk Elakkan Sindrom Terlupa Anak Terjadi pada Diri Anda
Menjaga dan membesarkan anak bukanlah tugas yang mudah terutama sekali bagi ibu bapa baharu yang tidak mempunyai banyak pengalaman. Disebabkan itu, ibu bapa yang bakal melalui fasa ini perlulah mendapatkan sebanyak mana ilmu dan kemahiran keibubapaan terutama sekali bagi mengelakkan insiden terlupa anak ini berlaku terhadap diri mereka.
Daripada kami, ini apa yang kami boleh kongsikan kepada ibu bapa baharu bagi mengelakkan insiden terlupa anak ini terjadi:
1. Mulakan Tabiat Periksa Tempat Duduk Belakang
Anda boleh memulakan tabiat memeriksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta. Walaupun anda memandu berseorangan tanpa anak, tetaplah anda periksa tempat duduk belakang sebelum keluar dari kereta.
Tak susah pun, cuma perlu pusingkan badan dan periksa bahagian belakang. Apabila anda sudah terbiasa dengan tabiat ini, anda sendiri akan buat tanpa sedar. Nampak macam remeh tapi sebenarnya ini boleh menyelamatkan nyawa anak anda.
2. Letakkan Beg Anak di Kerusi Hadapan
Sebagai peringatan tambahan yang anda sedang membawa anak anda sekali, letakkan barangan anak anda seperti beg bayi di kerusi hadapan. Jika beg anak anda masih ada di kerusi hadapan, ini bermakna anak anda masih lagi bersama anda dalam kereta dan belum dihantar ke tempat pengasuh.
Untuk kesan yang lebih efektif, letakkan sekali beg kerja anda bersekali dengan beg anak anda. Barulah anda tidak akan terlepas pandang lagi selepas ini. Selain daripada beg keperluan anak, anda juga boleh letakkan patung atau mainan anak.
Selain itu, anda juga boleh meletakkan beg kerja anda di bahagian kerusi belakang berdekatan dengan kerusi anak anda.
3. Jangan Main Phone!
Selain daripada membahayakan nyawa, menggunakan telefon semasa memandu juga boleh menyebabkan anda hilang fokus terhadap anak yang berada di dalam kereta bersama anda. Anda akan ralit dengan membalas mesej hingga terlupa yang anda perlu hantar anak anda ke tempat pengasuh.
Tahan diri daripada menggunakan telefon bimbit seketika sehinggalah anak anda selamat dihantar ke tempat pengasuh.
4. Minta Tolong Pengasuh
Anda juga boleh meminta pertolongan pengasuh untuk hubungi anda sekiranya anak anda belum sampai di sana. Jika bukan giliran anda untuk menghantar anak ke pengasuh, mungkin pasangan anda yang terlupa. Jika anda yang terlupa, cepat-cepat pergi ke kereta!
Sesuailah dengan peribahasa Afrika, ‘it takes a village to raise a child’. Semua pertolongan yang ada diperlukan bagi memastikan anak anda kekal selamat.
5. Letakkan Kerusi Anak di Tengah Tempat Duduk Belakang
Untuk memudahkan anda melihat anak anda di tempat duduk belakang, anda boleh letakkan kerusi anak di tengah-tengah kerusi belakang. Ini bagi memastikan anda boleh memantau dan mengetahui bahawa anda sedang membawa anak anda.
Sesuailah dengan peribahasa Afrika, ‘it takes a village to raise a child’. Semua pertolongan yang ada diperlukan bagi memastikan anak anda kekal selamat.
5. Letakkan Kerusi Anak di Tengah Tempat Duduk Belakang
Untuk memudahkan anda melihat anak anda di tempat duduk belakang, anda boleh letakkan kerusi anak di tengah-tengah kerusi belakang. Ini bagi memastikan anda boleh memantau dan mengetahui bahawa anda sedang membawa anak anda.
Selain itu, ia akan terletak lebih dekat dengan anda dan anda pula tidak akan lupa akan anak anda yang turut bersama anda dalam perjalanan pagi itu.
6. Gajet untuk Pantau Anak
Kalau anda ada sedikit wang untuk dilaburkan, anda boleh membeli beberapa gajet yang boleh membantu anda untuk mengatasi masalah terlupa anak ini. Gajet-gajet ini boleh dipasangkan di dalam kereta dan diaktifkan apabila anda dan anak berada di dalam kereta.
a. Pengesan Gerakan
Gajet ini boleh mengesan sebarang gerakan dan akan memberi peringatan kepada anda. Anda boleh pasangkan ia pada leher kerusi dan biarkan ia terpasang sebelum anda memulakan perjalanan


b. Sistem Peringatan Tempat Duduk Belakang (Backseat Reminder System)
Dengan adanya gajet ini, anda tidak akan lupa lagi tentang keberadaan anak anda dalam kereta. Gajet ini berfungsi dengan memberi peringatan terus kepada anda melalui amaran bunyi apabila anda bergerak jauh dari kereta.
KREDIT: CARSOME
10/11/2023








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:24 AM GMT+8 , Processed in 0.060649 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list