CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4916|Reply: 0

[Selangor] Google Malaysia mohon maaf tersilap papar nilai tukaran USD-MYR

[Copy link]
Post time 18-3-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Paparan kesalahan kadar kesalahan tukaran USD-MYR baru-baru ini.

PETALING JAYA – Google Malaysia hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi ciapan di laman X rasminya atas kesilapan memaparkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit (USD-MYR) yang diterbitkan di halaman kewangannya.

Dalam ciapan tersebut, Google Malaysia memaklumkan pihaknya telah pun menyelesaikan isu tersebut bersama pihak ketiga.

“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran USD-MYR untuk membetulkan kesilapan.

“Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku.

“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan berkait hal kewangan,” ciapnya.

Terdahulu, BNM menegaskan, data kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD-MYR diterbitkan Google pada 15 Mac lalu sebagai tidak tepat.

Menurut BNM, insiden itu adalah kesilapan kali kedua dalam tahun ini dilakukan Google dengan menerbitkan data kadar pertukaran USD-MYR yang tidak tepat.

Katanya, pihaknya sudah menghantar surat peringatan tegas kepada Google berikutan insiden salah lapor pertama terjadi pada 6 Februari lalu itu. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ai-tukaran-usd-myr/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.266400 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list