CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3268|Reply: 0

[Perak] Attar Azim seronok jumpa kawan baharu

[Copy link]
Post time 19-3-2024 10:54 AM | Show all posts |Read mode

Attar Azim memulakan hari pertama di SK Trolak Utara dengan ditemani ibu saudaranya, Umi Salwa. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Tanjung Malim: Kanak-kanak lelaki yang kehilangan empat ahli keluarga termasuk ibu bapanya dalam kemalangan di Kuala Krai, Kelantan gembira memulakan hari pertama di sekolah barunya di Sekolah Kebangsaan (SK) Trolak Utara, di sini, hari ini.

Meskipun lewat seminggu berbanding rakan lain, Attar Azim Syukran Jamil, 9, kelihatan ceria dan bersemangat semasa tiba di pintu masuk sekolah berkenaan seawal 7.20 pagi.

Dia yang mengenakan pakaian seragam pengawas ditemani ibu saudara, Umi Salwa Ab Hamid, 40, dan sepupunya, Fareez Uzair, 10.

Attar Azim berkata, dia tidak sabar berkenalan dengan rakan baharu dan mahu belajar bersungguh-sungguh.
Disyorkan

"Attar rasa excited (teruja). Seronok nak jumpa kawan baru. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan, tak sabar nak belajar," katanya ketika ditemui, di sini.

Terdahulu, media melaporkan murid Tahun Tiga itu akan bertukar dari SK Desa Pandan, Kuala Lumpur ke SK Trolak Utara.

Sementara itu, Umi Salwa berkata, dia bersyukur kerana semua urusan pertukaran sekolah anak saudaranya dipermudahkan, semalam.

"Attar nampak seronok, cuma jangan terus sentuh emosinya, dia tak boleh lagi (lupakan kejadian). Moga persekolahannya di sini baik-baik sahaja.

"Pagi tadi Attar bangun awal untuk sahur. Kemudian, saya siapkan keperluan sekolah Attar dan Fareez.

"Saya bekerja pada sebelah petang, jadi saya boleh hantar mereka pada pagi. Tamat waktu sekolah, abang saya (Nor Azam, 45) yang bertugas di sekolah sama akan menjemput mereka," katanya memaklumkan jarak kediaman keluarga ke sekolah berkenaan kira-kira 300 meter.

Pada 2 Mac lalu, media melaporkan nahas membabitkan dua kenderaan yang meragut nyawa empat beranak di Kilometer 76.5 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Pahi di Kuala Krai, Kelantan.

Dalam nahas kira-kira 1.40 tengah hari itu, Syukran Jamil Ab Hamid, 35, bersama isteri Noor Aishah Razali, 35, dan anak mereka, Lufya Adeena, 1, disahkan maut di lokasi kejadian, manakala Ahya Rafiqi, 6, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail Petra.

Attar Azim adalah satu-satunya penumpang yang terselamat dalam kenderaan dinaiki keluarga itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -jumpa-kawan-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.525164 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list