CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5716|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tiada unsur jenayah dalam kes kehilangan Siti Dhia Batrisyia

[Copy link]
Post time 19-3-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Noor Dellhan Yahaya.

Kuala Lumpur: Polis sudah melengkapkan siasatan membabitkan kanak-kanak perempuan, Siti Dhia Batrisyia Mohd Chairil Anuar, 12, yang dilaporkan hilang pada 12 Mac lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya sudah menerima laporan hasil pemeriksaan terhadap kanak-kanak itu.

"Hasil laporan pemeriksaan yang diterima mendapati tiada sebarang unsur jenayah dikesan.

"Susulan itu, kami sudah melengkapkan kertas inkuiri orang hilang dan dirujuk kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.



"Pihak IPK Kuala Lumpur sudah memberi arahan tindakan kemas untuk simpan (KUS) berdasarkan hasil siasatan yang dibuat," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Siti Dhia Batrisyia ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam merayau bersendirian di sekitar Sri Rampai jam 2.20 pagi kelmarin.

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai Siti Dhia Batrisyia yang dilaporkan hilang selepas gagal dikesan sejak Selasa lalu.

Syarifah Rosfazila memaklumkan kali terakhir dia bersama anaknya itu adalah di kediaman mereka di sekitar Pudu, di sini, kira-kira jam 4 petang.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... siti-dhia-batrisyia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.045603 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list