View: 2927|Reply: 0
|
[Selangor]
Ubah suai kipas jadi penyaman udara buatan sendiri
[Copy link]
|
|
Tangkap layar menunjukkan penyaman udara buatan sendiri yang dihasilkan
PETALING JAYA – Berikutan cuaca panas yang melanda, seorang lelaki tampil berkongsi video tentang cara mengubah suai kipas angin menjadi sebuah penyaman udara yang jimat kos dan boleh dihasilkan sendiri di rumah.
Menerusi video yang dikongsikan @tt.rotijohn_lembahjaya, dengan menggunakan beberapa barang yang boleh didapati di kedai serbaneka seperti bekas simpanan ais, hos paip, penyambung hos dan ais, kesemua itu boleh mencipta penyaman udara buatan sendiri.
Difahamkan juga, tujuannya mengubah suai kipas tersebut bukan kerana tidak mampu, namun dia mahu mencipta kelainan dengan menggunakan beberapa bahan ringkas sahaja.
“Cuaca panas melebihi 35 darjah Celsius. #tak salah mencuba,” tulisnya di ruangan kapsyen.
“Maka bermulalah operasi projek bagi menghilangkan kepanasan,” ujarnya di dalam video.
Tinjauan Kosmo! mendapati rata-rata pengguna memuji kreativitinya dalam menangani cuaca panas ketika ini dan turut berkongsi situasi mereka sepanjang musim ini.
“Aku ni haa.. ada ekon (penyaman udara) tapi tak pasang. Laki (suami) aku installer ekon (pemasang penyaman udara). Musim panas, kasihan laki (suami) aku, job (kerja) tak menang tangan orang nak pasang dan servis.. rezeki cuaca panas,” komen Ashra_abdul.
“Betul laa panas sangat..sampai aku ley (boleh) jemur kain dua kali trip (pusingan)..sekejap je kering..tak sampai satu jam da (dah) ley (boleh) angkat kain,” ujar Cik Lala.
Sementara itu, ada juga pengguna yang tampil memberi cadangan untuk menambah baik penyaman udara buatan lelaki tersebut.
“Kalau dapat pakai box (bekas) tahan sejuk atau polistirena tu dan tambah garam mesti lagi lama tahan ais tu,” komen EditorGoatTalent. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ara-buatan-sendiri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|