CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3801|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Imigresen gempur Nilai 3

[Copy link]
Post time 20-3-2024 01:28 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA pendatang tanpa izin (pati) yang ditahan Jabatan Imigresen Malaysia dalam operasi selama dua hari di Nilai, 3, di sini. FOTO IHSAN JIM.

Nilai: Pendatang tanpa izin (pati) di sekitar Nilai, 3, di sini, ini umpama cacing kepanasan apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menyerbu hampir ke setiap premis kediaman termasuk sebuah premis perniagaan terkemuka.

Operasi pada kelmarin dan semalam itu menyaksikan seramai 149 individu diperiksa sebelum 44 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan.

Pengarah JIM Negeri Sembilan, Kennith Tan Ai Kiang berkata, operasi penguatkuasaan itu membabitkan seramai 21 pegawainya dan 18 pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

"Seramai 44 pati ditahan menerusi Ops Mahir, Kutip dan Bersepadu yang dijalankan 22 premis kediaman dan komersial, termasuk sebuah premis perniagaan terkemuka di Nilai 3.



"Seramai 149 individu diperiksa dalam operasi itu dan 44 pati ditahan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan adalah 19 lelaki Bangladesh, sembilan lelaki warga Nepal, seorang lelaki Sri Lanka, sembilan lelaki dan enam wanita warga Indonesia.

"Kesemua yang ditahan berusia di antara 24 hingga 48 tahun. Semasa operasi dijalankan, terdapat cubaan warga asing untuk meloloskan diri namun berjaya dipatahkan oleh pasukan operasi.

"Mereka dihantar dan ditahan di Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

"Lapan borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan dan penjaga premis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

"Seperti yang sedia maklum malah tersebar di media sosial bahawa kawasan perniagaan di Nilai 3 antara kawasan panas membabitkan warga asing," katanya.

Justeru, katanya, pihaknya berterima kasih kepada orang ramai yang membantu menyalurkan maklumat berhubung keberadaan pati dan mengalu-alukan sebarang maklumat, selain menjamin kerahsiaan pemberi maklumat.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... esen-gempur-nilai-3

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.049980 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list