CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8731|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Isu kalimah Allah: Pengasas KK Mart antara 8 dirakam keterangan

[Copy link]
Post time 20-3-2024 02:53 PM | Show all posts |Read mode

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah merakam keterangan pengasas KK Supermart Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah, semalam.

Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dalam kenyataan hari ini, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan individu terbabit antara lapan yang sudah pun selesai dirakam keterangan bagi membantu siasatan polis berhubung kes itu.

Katanya, pengasas kedai rangkaian serbaneka 24 jam terbabit dirakam keterangan pada jam 12.30 tengah hari, semalam, bagaimanapun lokasinya tidak didedahkan.

"Siasatan masih di peringkat awal dan pihak Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) JSJ akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh ke atas kes penjualan stokin tertulis kalimah Allah yang dilaporkan dikesan di KK Mart, Bandar Sunway Pyramid, Petaling Jaya.


"Pihak UJST sedang mengenalpasti proses perolehan dan lain-lain yang bersangkutan bagi mengenalpasti pelaku-pelaku yang terlibat," katanya.

Tambah kenyataan itu, siasatan akan meliputi semua aspek sebelum dapatan akhir dimuktamadkan dan siasatan awal setakat ini mendedahkan vendor yang terlibat, beroperasi di Batu Pahat, Johor.

Dalam pada itu, katanya setakat jam 12 tengah hari, tadi sebanyak 80 laporan polis diterima di seluruh negara berkaitan itu terbabit.

Terdahulu, Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, dalam kenyataan, semalam berkata PDRM membuka dua kertas siasatan berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah itu.

Menurut beliau, siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan perpaduan.

Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Semalam, media melaporkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita berhubung isu penjualan stoking yang tertera kalimah Allah di sebuah rangkaian kedai serbaneka.

Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.
https://www.bharian.com.my/berit ... -dirakam-keterangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 6789 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047888 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list