CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3381|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Rumah sewa jadi tempat sorok arak terbongkar

[Copy link]
Post time 21-3-2024 03:40 PM | Show all posts |Read mode

Norlela (kiri) menunjukkan arak yang dirampas pada sidang akhbar di Kompleks JKDM Zon Tengah, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Taktik menjadikan rumah sewa sebagai stor penyimpanan minuman keras tidak berkastam terbongkar selepas diserbu Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit I (Kuala Lumpur), 6 Mac lalu.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, hasil maklumat risikan membawa kepada serbuan di sebuah rumah di Jalan Terasek, Bangsar Baru, di sini.

“Bertindak atas maklumat risikan, pada pukul 1.30 tengah hari, sejumlah 15,320 liter minuman keras dengan anggaran nilai RM635,500 telah dirampas beserta tangkapan seorang lelaki tempatan di kediaman itu.

“Anggaran cukai dan duti yang terlibat adalah sebanyak RM 812,200,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks JKDM Zon Tengah, di sini, hari ini.

Jelas beliau, modus operandi sindiket adalah menyewa kediaman untuk menyimpan bekalan minuman keras sebelum dipasarkan sekitar Lembah Klang.

“Susulan serbuan ini, seorang lelaki tempatan ditahan di tempat kejadian disyaki berperanan sebagai penjaga rumah.

“Kes masih dalam siasatan untuk mengesan pemilik yang terlibat bagi tindakan lanjut,” ujarnya.

Selain rampasan minuman keras, Norlela memaklumkan pihak turut menumpaskan aktiviti penyimpanan rokok tidak berkastam bernilai RM77,600, 27 Februari lalu.

Jelas Norlela, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan Pasukan Tempur Operasi Medan Kastam (Cobra) di sebuah kediaman di Jalan Banjaran, Kempas Baru, Johor.

“Selepas tiga jam melakukan pemantauan di luar kediaman itu, serbuan menemukan sejumlah rokok putih dan kretek pelbagai jenama yang disyaki tidak berkastam sebanyak 415,600 batang yang dianggarkan bernilai RM77,600.

“Ia turut membabitkan cukai dan duti yang dianggarkan berjumlah RM282,000,” katanya.

Menurut Norlela, pengimportan rokok memerlukan lesen import dan setem cukai yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam.

Tambah beliau, tindakan itu termaktub di bawah Bahagian satu dan dua, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Siasatan lanjut terhadap premis akan dilakukan,” katanya.

Tegas Norlela, kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki apa-apa barang tak berkastam atau larangan import di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... ok-arak-terbongkar/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.167380 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list