View: 14066|Reply: 5
|
53,370 Tiket Bas Balik Kelantan Sempena Hari Raya Aidilfitri Habis Dalam Masa Dua Jam
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk perjalanan perantau pulang ke Kelantan dari seluruh negara sempena Hari Raya Aidilfitri habis dijual dalam tempoh dua jam.
Pengerusi Eksekutifnya, Che Ibrahim Che Ismail berkata, penjualan tiket berkenaan membabitkan waktu puncak bermula 4 April sehingga 9 April.
“Perjalanan bas ekspres paling banyak menjelang Syawal adalah laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Konsortium E-Mutiara menyediakan 70 buah bas dengan keseluruhan 1,186 trip perjalanan ke Kelantan dari seluruh negara.
“Bagi waktu kemuncak, kita menyediakan sebanyak 108 perjalanan sehari termasuk 88 trip untuk laluan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian zakat oleh Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Che Ibrahim memberitahu, pihaknya akan menyediakan tiket tambahan untuk laluan Kuala Lumpur ke Kota Bharu bagi memenuhi permintaan sempena Aidilfitri.- KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
tiket kapalterbang and train ada lg kot |
|
|
|
|
|
|
|
ramai ore kelate mari KL...kalau kelate maju, tak hingin depa dtg... |
|
|
|
|
|
|
|
dh boleh upgrade kot stesen bas kb tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Saja nak habaq.
Malaysia kalah pagi tadi 2-0 dgn OMAN. WCQ |
|
|
|
|
|
|
| |
|