CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6280|Reply: 0

[Selangor] 8.5 juta guna aplikasi MyJPJ

[Copy link]
Post time 23-3-2024 12:45 PM | Show all posts |Read mode

Seramai 8.5 juta pemilik Lesen Memandu Malaysia (LLM) fizikal sudah beralih menggunakan aplikasi digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau MyJPJ sejak dilancarkan Februari tahun lalu. - Foto hiasan NSTP

KUALA LUMPUR: Seramai 8.5 juta pemilik Lesen Memandu Malaysia (LLM) fizikal sudah beralih menggunakan aplikasi digital Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau MyJPJ sejak dilancarkan Februari tahun lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Rospiagos Taha, berkata ia menunjukkan hampir 50 peratus daripada 16.7 juta pemegang LLM, kini guna aplikasi MyJPJ.

Dengan perkembangan itu, beliau optimis peratusan pengguna yang akan beralih ke platform digital berkenaan akan bertambah hingga 70 peratus pada hujung tahun ini.

"Alhamdulillah sekarang sambutannya sangat menggalakkan. Daripada 16.7 juta pemegang lesen memandu, 8.5 juta telah menggunakan aplikasi MyJPJ.


"Ini menunjukkan 50 peratus pengguna telah menggunakan MyJPJ. Ini satu petanda yang baik," katanya ketika diwawancara dalam program televisyen Selamat Pagi Malaysia (SPM) mengenai pendigitalan JPJ, pagi tadi.


Datuk Rospiagos Taha. - Foto FB Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Mengulas lanjut inisiatif itu, Rospiagos berkata kebanyakan pengguna aplikasi MyJPJ itu terdiri daripada generasi muda yang berumur 35 tahun ke bawah yang beliau gelarkan sebagai kumpulan 'ready now'.

Walaupun pihaknya giat mempromosikan penggunaan platform digital kepada orang awam, katanya JPJ prihatin dengan keperluan golongan tertentu yang berdepan kekangan tertentu untuk menggunakan aplikasi berkenaan.

Sehubungan itu, katanya JPJ masih menyediakan lesen dan cukai jalan secara fizikal yang dikenali sebagai slip pembaharuan LLM.

"Kumpulan 'ready now' ini terdiri daripada generasi muda dalam umur 35 tahun ke bawah yang sudah bersedia dengan dunia digital. Lahir dan dibesarkan dalam digitalisasi.

"Kedua adalah kumpulan '50-50'. Macam saya umur 50 tahun ke atas. Kumpulan ini kalau ada (LLM) digital bagus dan kalau nak bagi (LLM) fizikal pun okay juga.

"Akhirnya sekali adalah kumpulan 'no-no'. Maknanya memang langsung tak boleh menggunakan (LLM) digital. Ia disebabkan lokasi yang ruang lingkupnya tidak meliputi jaringan internet atau pun (yang berada) di luar bandar dan sebagainya. Mereka ini juga langsung tak boleh ikut perkembangan digital sekarang," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... guna-aplikasi-myjpj
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.035063 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list