CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5399|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Apabila pembuli jadi pembunuh, hukuman berat perlu dikenakan

[Copy link]
Post time 23-3-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode

LAPORAN Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: "Kes buli tak pelik di sekolah berasrama tetapi bila berlaku kematian itu sudah keterlaluan jadi saya setuju jika hukuman gantung sampai mati dikenakan kepada pelaku jika sabit kesalahan," kata bekas pelajar Sekolah Henry Gurney, Muhammad Izzad Daniel Abdullah.

Muhammad Izzad Daniel, 25, memberi reaksi itu susulan kes kematian pelajar di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, Sabah, semalam.

Penuntut semester akhir Diploma Pengurusan Penerbangan Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics (KTAC) dan penceramah motivasi itu berkata, dia sendiri ada pengalaman dibuli dan mengakui ia amalan pelajar senior terhadap junior terutama di sekolah berasrama.

"Nak salahkan warden asrama sepenuhnya tak boleh juga kerana mereka mesti sudah kawal dan pembuli biasanya akan gunakan waktu warden tak meronda.


"Jadi alternatif bagi mencegah buli adalah dengan menambah bilangan warden di asrama dan pupuk kesedaran dalam kalangan pelajar mengenai hukuman berat menanti mereka jika membuli," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurutnya, tayangan drama atau filem berkaitan buli yang menunjukkan keganasan melampau juga harus dihentikan bagi mengelak anak muda terpengaruh.

"Buli tak patut dinormalisasikan. Jadi jika tidak mahu normalisasikannya, jangan tayang cerita begitu walaupun ada mesej positif kerana tak semua melihat daripada sudut itu," katanya.

Sementara itu, Eksekutif Kewangan, Fatin Hanani Ruzki, 35, berkata, sebagai ibu, dia sedih selepas membaca kisah buli hingga maut membabitkan pelajar sekolah.

Justeru, Fatin Hanani menyokong hukuman berat termasuk gantung sampai mati kepada suspek yang disabitkan bersalah.

"Difahamkan pesalah bawah umur dihantar ke sekolah juvana dan ia tak cukup berat maka kerajaan perlu cari satu kaedah bagi memastikan masyarakat fikir banyak kali sebelum membuli kerana takut dengan hukumannya.

"Pihak sekolah juga harus menukar strategi bagi memantau kegiatan buli antaranya dengan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), rondaan kerap di asrama dan wujudkan aplikasi anti buli sebagai platform aduan oleh mangsa.

"Kementerian Pendidikan (KPM) pula harus salurkan dana untuk membeli CCTV kerana dengan cara itu, pemantauan dapat dipertingkatkan kerana kes buli tak pernah senyap khususnya di sekolah berasrama penuh," katanya.

Juruteknik, Azhar Hashim, 40, juga menyokong pelaksanaan hukuman berat kepada pesalah dan pada masa sama mengharapkan pihak sekolah melakukan tapisan ketat untuk menerima kemasukan pelajar ke asrama.

"Jangan hanya memandang kelayakan akademik semata-mata tapi periksa juga latar belakang terutama rekod lampau pemohon kerana sahsiah diri juga harus dititikberatkan.

"KPM tidak boleh memandang remeh isu buli kerana setiap pembuli mampu menjadi pembunuh.

"Akta hukuman harus dikaji semula buat pembuli supaya mereka menerima hukuman yang setimpal," katanya.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan penemuan pelajar lelaki dalam keadaan tidak bernyawa di bilik asrama dipercayai dibelasah rakan dalam kejadian di sebuah kolej vokasional di Lahad Datu, awal pagi semalam.

Mangsa, Mohammad Nazmie Aizzat Muhd Narul Azwan, 17, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh warden asrama yang bertugas pada 6.50 pagi.

Susulan kejadian itu, polis menahan 13 pelajar lelaki berusia 16 dan 19 tahun dan merampas alat pengecas telefon pintar yang dipercayai ada kaitan dengan kes.

Dalam satu kenyataan hari ini, KPM memaklumkan pihaknya bersedia memberi kerjasama dan sudah pun bertindak dengan menyalurkan bantuan kebajikan kepada keluarga mangsa.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rat-perlu-dikenakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.043858 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list