|
- Foto hiasan
SUNGAI BULOH: Polis menyiasat pelbagai sudut termasuk masalah kemurungan berhubung kejadian seorang pelajar perempuan maut terjatuh tingkat tiga di sebuah sekolah menengah di Bukit Rahman Putra di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.
Beliau berkata, ketika kejadian sesi pembelajaran sedang berjalan sebelum mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dipercayai akibat terjun.
"Kita menyiasat semua kemungkinan termasuk masalah kemurungan dan keluarga.
"Setakat ini, polis sudah merakam keterangan ahli keluarga, guru, rakan dan saksi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, media melaporkan, seorang pelajar perempuan tingkatan empat meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah sekolah menengah di Bukit Rahman Putra di sini.
Pelajar berusia 16 tahun terbabit disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.
https://www.bharian.com.my/berit ... asat-pelbagai-sudut |
|