View: 8278|Reply: 0
|
[Selangor]
Kebakaran kilang tidak jejas keadaan Sungai Langat
[Copy link]
|
|
Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melakukan pemantauan rapi di Sungai Langat susulan kebakaran dua bangunan kilang di Jalan Seksyen 1/22, Taman Kajang Utama, Kajang, semalam. FOTO IHSAN FB LUAS
Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor mengesahkan keadaan Sungai Langat normal dan masih terkawal susulan kebakaran dua bangunan kilang di Jalan Seksyen 1/22, Taman Kajang Utama, Kajang, semalam.
Agensi itu menerusi hantaran di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan giat dilaksanakan di lokasi kejadian.
"Sehingga jam 6 pagi tadi, kami masih memantau rapi keadaan tapak dan Sungai Langat.
"Pada masa sama, kontraktor pembersihan dilantik bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan penyedutan sisa aliran kesan daripada insiden kebakaran di lokasi," katanya.
Menurutnya, langkah itu bagi memastikan tiada sebarang risiko terhadap Sungai Langat dan kawasan persekitarannya.
Kelmarin, media melaporkan dua kilang, masing-masing kilang perabot dan kilang produk kimia, terbakar dan kejadian dilaporkan pada jam 3.05 petang.
Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang, BBP Serdang, BBP Bandar Tun Hussein Onn dan BBP Bangi bersama 23 pegawai dan anggota dengan enam jentera digerakkan ke lokasi untuk memadamkan kebakaran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... adaan-sungai-langat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|