CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4381|Reply: 0

[Terengganu] JPNT beku sementara tugas guru 'swinger'

[Copy link]
Post time 26-3-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengambil tindakan membekukan sementara tugas seorang guru penolong kanan yang dipercayai terlibat dengan aktiviti 'swinger' baru-baru ini.

Pengarahnya, Jelani Sulong berkata tindakan itu diambil bagi memberi ruang kepada polis membuat siasatan terperinci selain JPNT akan menunggu keputusan mahkamah.

Menurutnya, perkara ini masih dalam siasatan polis dan kita serah sepenuhnya kepada pihak polis.

"Baru-baru ini pertuduhan sudah dibuat di Mahkamah dan beliau (guru berkenaan) tidak mengaku salah, manakala 31 Mac depan dijangka sebutan semula kes.


"Kita di peringkat jabatan menunggu keputusan mahkamah dan tindakan tatatertib akan menyusul bagaimanapun di peringkat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mereka sudah membuat siasatan secara menyeluruh," katanya hari ini.

Khamis lalu, seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas pertuduhan memperdagangkan seorang wanita tempatan bagi tujuan eksploitasi seks.

Tertuduh, Mohd Hasfyanizam Mansor, 48, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.

Bagaimanapun, rakan tertuduh, Mohamad Fazley Jaafar, 29, yang berdepan pertuduhan sama mengaku bersalah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa secara bersama-sama memperdagangkan seorang wanita tempatan berusia 29 tahun bagi maksud eksploitasi seks.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah apartmen di daerah ini, kira-kira jam 2.35 pagi pada 11 Mac lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 31 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk serahan dokumen bagi kes Mohd Hasfyanizam.
https://www.bharian.com.my/berit ... -tugas-guru-swinger

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.044870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list