CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3904|Reply: 1

[Jenayah] Awas sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara- Interpol

[Copy link]
Post time 28-3-2024 08:02 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 29-3-2024 11:43 PM

SINGAPURA: Polis Antarabangsa (Interpol) mengesahkan kumpulan jenayah terancang sindiket pemerdagangan manusia dan pusat penipuan siber kini tidak lagi hanya tertumpu di Asia Tenggara sebaliknya berkembang ke rangkaian global yang menghasilkan sehingga AS$3 trilion (RM14 trilion) setahun.

Setiausaha Agung Interpol, Jurgen Stock, berkata, kumpulan terbabit bermula sebagai ancaman jenayah serantau di Asia Tenggara namun kini menjadi krisis pemerdagangan manusia global, dengan jutaan mangsa dikesan.

"Didorong oleh kerahsiaan dalam talian, model perniagaan baharu dan akibat COVID-19, kumpulan jenayah terancang ini kini bekerja pada skala yang tidak dapat dibayangkan berbanding sedekad lalu," katanya melalui taklimat di badan penyelarasan polis global di pejabat Singapura.

Stock berkata, pusat penipuan siber baharu, selalunya dikendalikan oleh kakitangan yang pada mulanya dijanjikan pekerjaan yang sah, sekaligus membantu kumpulan jenayah terancang mempelbagaikan jenayah mereka daripada pengedaran dadah.

Katanya, jenayah pengedaran dadah masih menyumbang 40 hingga 70 peratus daripada pendapatan sindiket terbabit.

"Tetapi kami melihat mereka mempelbagaikan perniagaan jenayah menggunakan laluan pengedaran dadah untuk pemerdagangan manusia dan senjata, harta intelek serta curi kereta," katanya.

Stock berkata, kira-kira AS$2 (RM9.46) hingga AS$3 trilion (RM14.19 trilion) hasil haram disalurkan melalui sistem kewangan global setiap tahun.

Katanya, kumpulan jenayah terancang boleh menjana 'pendapatan' sehingga AS$50 bilion (RM236 bilion) setahun.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) lebih daripada 100,000 orang diperdagangkan ke pusat penipuan dalam talian di Kemboja tahun lalu.

Pada November, Myanmar menyerahkan ribuan suspek penipuan telekomunikasi China yang menjadi buruan kepada China. - REUTERS











This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-3-2024 11:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:28 PM GMT+8 , Processed in 0.051692 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list