CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4400|Reply: 0

[Kelantan] Ruslan dapat kad pengenalan di usia 62 tahun

[Copy link]
Post time 31-3-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode

NOOR Mardiah menunjukkan kad pengenalan milik adiknya, Muhammad Ruslan yang mengalami masalah mental sejak kecil, sambil diperhatikan seorang lagi adiknya, Nor Hasmiza ketika ditemui di rumahnya di Wakaf Bharu. FOTO Siti Rohana Idris

Tumpat: Lelaki warga emas yang juga seorang pesakit mental dari Wakaf Bharu, di sini, memiliki kad pengenalan di usia 62 tahun.

Muhammad Ruslan Ali yang mengalami masalah mental sejak kecil menetap bersama empat lagi adik beradiknya yang juga kategori orang kurang upaya (OKU) sepertinya termasuk masalah lembam.

Kakaknya, Noor Mardiah Ali, 64, berkata, mereka semua sembilan beradik dengan tiga daripadanya normal manakala selebihnya menghidap masalah mental dan lembam.

"Seorang daripada adik beradik kami sudah meninggal dunia dan dalam enam beradik yang mental serta lembam, hanya Muhammad Ruslan yang tidak memiliki kad pengenalan, mungkin ada kaitan dengan kekangan ibu bapa ketika itu.


"Disebabkan baru menyedari dokumen itu agak penting bagi Ruslan terutama jika apa-apa berlaku padanya suatu hari nanti, saya ikhtiar mendapatkan kad pengenalan dan Alhamdulillah, hari ini dia sudah memilikinya," katanya ketika ditemui di Belakang Klinik Kesihatan Wakaf Bharu, di sini.

Terdahulu, dokumen itu diserahkan kepada Noor Mardiah oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Badrul Hisham Alias dengan diiringi Timbalannya, Sarinah Apisah serta Pengarah JPN Kelantan, Asrehan Ab Razak yang turun padang sempena Program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR), hari ini.

Noor Mardiah berkata, lima adiknya yang 'istimewa' itu menetap di rumah pusaka berdekatan kediamannya namun setiap hari dia akan datang menjenguk kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Menurutnya, makan minum lima beradik itu diuruskan Nor Hasmiza, 51, yang juga mengalami masalah lembam namun agak boleh diharapkan untuk menguruskan rumah tangga.

"Nor Hasmiza akan ke rumah saya untuk mendapatkan makanan dan bekalan lauk pauk untuk dimasak.

"Tiga daripada mereka memperoleh bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan dan dengan wang itulah saya membelikan bekalan makanan untuk mereka," katanya.

Noor Mardiah berkata, dari segi keselamatan lima beradik itu, dia hanya berserah dan tawakal kepada Allah kerana dalam usianya yang semakin lanjut, agak sukar juga mengawal pergerakan mereka.

Katanya, mereka agak bernasib baik kerana lima adiknya yang istimewa itu tidak merayau terlalu jauh dan mengancam keselamatan orang ramai.

"Kelima-lima mereka perlu mengambil ubat penenang setiap hari dan jika tidak, mereka menjadi sedikit agresif terutama jika lapar namun tidaklah sampai mengancam keselamatan orang luar sebaliknya hanya mengamuk dalam rumah saja.

"Saya tidak tahu bagaimana nasib mereka jika umur saya tidak panjang nanti tapi empat anak saya sudah memberi jaminan akan terus menjenguk kelima-lima adik saya ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-di-usia-62-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Langgar mati pelajar UiTM Dungun, Pemandu Honda HR-V layak dibicarakan
RalineLanggar mati pelajar UiTM Dungun, Pemand
Views : 5593 Replies : 9
Mengapa lelaki ini dakwa seni bina Menara Berkembar Petronas (KLCC) ada kena-mengena dengan ajaran Freemason?
YgBenarMengapa lelaki ini dakwa seni bina Menar
Views : 27444 Replies : 18
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 31643 Replies : 150
Mutu pendidikan Indonesia parah, antara yang terbawah
maklukpenggodaMutu pendidikan Indonesia parah, antara
Views : 13239 Replies : 15
Murid darjah 2 hilang penglihatan akibat sosej, nuget
AbahmungMurid darjah 2 hilang penglihatan akibat
Views : 14099 Replies : 12
Beliau membelanjakan kira-kira RM11,500 sebulan warga Amerika ini Sangat Berpuashati Dapat Bersara Di Malaysia
YgBenarBeliau membelanjakan kira-kira RM11,500
Views : 13764 Replies : 37
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 130229 Replies : 1380
Bunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersenyum bangga
ModngengadeBunga pelik di Kapar, aiyar kacak tersen
Views : 21334 Replies : 102
Artis wanita popular dah rujuk dengan bekas suami?
RalineArtis wanita popular dah rujuk dengan be
Views : 21731 Replies : 28
POKMON GO
RunDeeMCPOKMON GO
Views : 5718 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 07:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047074 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list