CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10177|Reply: 0

[Pulau Pinang] Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina

  [Copy link]
Post time 1-4-2024 12:37 AM | Show all posts |Read mode
Sekolah padat: KPM rangka intervensi jangka panjang, pendek - Fadhlina


Mac 31, 2024 @ 10:04pm



Foto hiasan



NIBONG TEBAL: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah merangka beberapa intervensi jangka panjang dan pendek bagi menyelesaikan isu kepadatan pelajar di sekolah di seluruh negara.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata intervensi jangka pendek membabitkan pembinaan dan penggunaan kabin di sekolah, selain menyuraikan pelajar ke sekolah berdekatan supaya bilangan pelajar dapat dikawal dalam suasana kondusif untuk belajar.

Beliau menjelaskan, intervensi jangka panjang pula ialah pembinaan sekolah baharu yang dijangka mengambil masa, namun KPM akan mencuba sedaya-upaya memastikan keselesaan pelajar.

"Dalam belanjawan lalu, 26 sekolah baharu diluluskan untuk dilaksanakan dan kita harap dengan sekolah baharu itu akan dapat kurangkan kepadatan pelajar di sekolah dan anak-anak kita dapat belajar dalam suasana selesa.

"Bagi penggunaan kabin pula, ada beberapa sekolah kita dah kenal pasti dari segi kapasiti tapi ia hanya pendekatan jangka masa pendek dan bagi tempoh jangka masa panjang mereka harus bersekolah di bangunan sekolah yang kondusif untuk pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jaulah Ramadan KPM 2024 Peringatkat Negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Acheh di sini, yang turut dihadiri Timbalannya Wong Kah Wong.

Fadhlina berkata, KPM akan terus memfokuskan penyelesaian isu terbabit dalam usaha memberikan keselesaan dan suasana kondusif kepada pelajar.

Menurutnya, ketika ini Selangor dan Kuala Lumpur antara negeri yang mempunyai isu kepadatan pelajar di sekolah.

Mengenai Program Jaulah Ramadan, beliau yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, ia satu usaha untuk menyemarakkan Ramadan dan meningkatkan takwa serta cakna warga KPM menerusi pelbagai aktiviti termasuk tadabbur al-Quran, iftar, solat tarawih dan moreh. - BERNAMA







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 09:17 AM GMT+8 , Processed in 0.070173 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list