CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5353|Reply: 0

[Johor] 3 empangan Johor hampiri paras kritikal

[Copy link]
Post time 2-4-2024 02:28 PM | Show all posts |Read mode

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan,Infrastruktur dan KomunikasiNegeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh menerima penerangan ketika membuat lawatan lawatan ke tapak Rancangan tebatan banjir Sungai Johor Fasa 1, Pakej 2, di Kota Tinggi, Johor. FOTO NUR AISYAH MAZALAN

Kota Tinggi: Paras takungan air di tiga empangan di negeri ini menghampiri paras kritikal, ekoran cuaca panas sejak bulan lalu, dan mampu bertahan sehingga 55 hari sekiranya hujan tidak melanda sehingga 30 April depan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, ia membabitkan Empangan Sembrong di Ayer Hitam, Empangan Bekok di Segamat dan Empangan Machap di Simpang Renggam.

Katanya, paras air 13 empangan lain di Johor bagaimanapun masih berada pada tahap terkawal dan langkah penggunaan air secara optimum turut sudah diaktifkan.

"Ketika ini, kita sedang memantau keadaan semasa di empangan berkaitan dan akan menunggu sehingga akhir bulan ini untuk melihat purata hujan.


"Berdasarkan laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), jika sehingga 30 April ini hujan tidak melanda di kawasan empangan terbabit, kita jangkakan ada tempoh 55 hari lagi untuk ia digunakan.

"Ada cadangan untuk pembenihan awan tetapi peratusan berjaya itu kurang kerana ia tidak dapat dikawal (hujan melanda) di empangan. Buat masa ini, belum ada cadangan untuk buat catuan dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Johor, di sini, hari ini.

Menurut Mohamad Fazli, pihaknya sudah mengenal pasti 150 lokasi membabitkan 70 'District Metered Area' (DMA) untuk dipantau bagi mengelakkan berlaku gangguan bekalan air semasa perayaan Aidilfitri.

Katanya, langkah awal menerusi kaedah pengolahan air juga sudah dimulakan awal dan ia dijangka dapat menyelesaikan isu di 80 peratus lokasi terbabit.

"Kita sudah buat pengolahan sistem kerana ketika hari raya, permintaan berbeza yang mana permintaan (penggunaan air) di kawasan bandar dan kilang berkurangan.

"Kita sudah sediakan langkah yang perlu untuk atasi gangguan bekalan air, tetapi mungkin ada yang di luar kawalan seperti paip pecah," katanya.

"Untuk isu gangguan air di beberapa lokasi seperti di Kempas, disebabkan kekeruhan air di Sungai, jadi proses rawatan air menjadi rumit dan mengambil masa tetapi kami sudah buat rancangan sokongan dan Insya-Allah, ia akan selesai dalam tempoh tiga hari," katanya lagi.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... piri-paras-kritikal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.053767 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list