CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2163|Reply: 0

[Negeri Sembilan] KPDN umum 22 barang kawalan Aidilfitri

[Copy link]
Post time 2-4-2024 04:29 PM | Show all posts |Read mode

Armizan (tengah) melancarkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2024 di sebuah pasar raya di Nilai hari ini. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM

NILAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri 2024 berkuat kuasa 5 hingga 19 April ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama 15 hari itu membabitkan 22 jenis barangan yang akan berada di bawah skim berkenaan.

Beliau berkata, skim berkenaan membolehkan penentuan harga dibuat ke atas peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

"Tempoh pelaksanaan SHMMP Hari Raya Aidilfitri 2024 adalah selama 15 hari iaitu lima hari sebelum perayaan, satu hari ketika perayaan dan sembilan hari selepas perayaan.


"Sebanyak 22 jenis barangan diwartakan bagi pelaksanaan skim ini dan ia adalah bersesuaian mengikut keadaan semasa, iaitu mewujudkan suasana menang-menang kepada pengguna dan peniaga.

"Pengguna dapat menikmati harga yang berpatutan dan peniaga pula tidak tertekan dengan tempoh masa pelaksanaan yang terlalu lama," katanya pada sidang media di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Armizan berkata, kementeriannya juga akan bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi memastikan harga barangan terkawal serta bekalan mencukupi.

Katanya, semakan harga boleh dibuat melalui laman web KPDN di https://www.kpdn.gov.my.

"Pegawai penguat kuasa KPDN di seluruh negara akan melaksanakan pemeriksaan dan pemantauan secara berterusan di lokasi strategik seperti di pasar malam, pasar tani dan pusat beli-belah barangan keperluan perayaan.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (AKHAP 2011). Ia termasuk tindakan bagi kesalahan gagal meletakkan tanda harga bagi barangan terkawal," katanya.

Beliau berkata, kesalahan menjual barangan harga terkawal melebihi harga maksimum boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya atau dikompaun sehingga RM50,000 bagi individu, manakala bagi syarikat boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

"Kesalahan gagal meletakkan tanda harga berwarna merah jambu bagi barangan harga terkawal individu boleh didenda sehingga RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000, manakala syarikat boleh didenda sehingga RM20,000 atau dikompaun sehingga RM10,000," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kawalan-aidilfitri

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 06:08 AM GMT+8 , Processed in 0.298800 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list