|
SEORANG pemuda berusia 34 tahun ditemui rentung dalam sebuah Proton Saga di Jalan Baru Renggam - Ulu Belitong, di Kluang Johor 1 pagi tadi. FOTO ihsan bomba
Kluang: Lelaki berusia 34 tahun ditemukan rentung dalam Proton Saga di Jalan Baru Renggam-Ulu Belitong, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa, Shahrizan Jum ditemukan di tempat duduk pemandu dalam keadaan terbaring.
"Abang iparnya memaklumkan mangsa keluar rumah pada 11 malam dan tidak memberitahu hendak ke mana sehinggalah waris mendapat berita mengenai kematiannya.
"Waris memaklumkan mangsa tidak bekerja dan hanya menjaga kedua ibu bapa yang uzur berumur 66 tahun.
"Mangsa tidak ada membuat apa-apa pinjaman wang dan tiada permusuhan dengan mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat sudah membuat pemeriksaan terhadap kenderaan yang terbakar namun belum dapat memastikan punca kebakaran.
"Mayat dihantar ke Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom Kluang untuk bedah siasat," katanya.
Bahrin berkata, tarikh dan masa bedah siasat masih belum diperolehi dan kes masih dalam siasatan.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Ahmad Syawal Azwan berkata, sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi selepas mendapat panggilan pada jam 1.04 pagi.
Beliau berkata, ketika sampai ke tempat kejadian, didapati terdapat kereta yang terbakar sebanyak 95 peratus.
"Pemadaman menggunakan satu aliran salur dan terdapat seorang mangsa terperangkap dalam kereta.
"Mayat diserahkan pada polis untuk tindakan lanjut. Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... entung-dalam-kereta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|