CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7758|Reply: 0

[Kelantan] 11 rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan

[Copy link]
Post time 8-4-2024 09:45 AM | Show all posts |Read mode

Muhamad Zaki Harun

Pasir Mas: Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam, bernilai RM38,600.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes yang direkodkan di Pasir Mas, Tumpat, Jeli, Machang, Gua Musang dan Pasir Puteh.

"Kesemua yang ditahan dipercayai hanya peniaga kecil-kecilan dengan memperoleh bahan terbabit daripada pembekal tempatan dan menjualnya sebagai menambah pendapatan menjelang sambutan Aidilfitri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Singgah Sahur Ketua Polis Kelantan Bersama Anggota Bertugas di Lapangan di Bandar Tasek Raja di sini, awal pagi tadi.

Dalam program itu, Muhamad Zaki turut mengambil kesempatan bersahur dengan anggota Unit Pencegahan Jenayah, Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes terbaharu direkodkan di Machang pada Sabtu lepas membabitkan dua lelaki berumur 18 dan 51 tahun ditahan kerana berniaga mercun dan bunga api tanpa permit sah di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang.

Beliau berkata, kedua-duanya ditahan semasa anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap gerai mereka dan menemukan mercun dan bunga api bernilai RM1,730.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rm38600-di-kelantan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.078556 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list