CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9369|Reply: 0

[Terengganu] Anak risau bapa hilang sejak tiga hari lalu

[Copy link]
Post time 8-4-2024 03:22 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Ariff menunjukkan gambar bapanya yang dikhuatiri hilang setelah tidak pulang ke rumah di Kampung Baru Serada sejak kelmarin.

KUALA TERENGGANU – Keluarga seorang penjual ikan risau setelah lelaki warga emas terbabit hilang tanpa dikesan selepas keluar dari rumahnya di Kampung Baru Serada, di sini kelmarin.

Anaknya, Muhammad Ariff, 23 berkata, bapanya, Muhammad Ngah, 67, hanya  yang berbaju T biru dan berkain pelikat ketika keluar rumah dengan menaiki motosikal beroda tiga jenis Honda EX5 berwarna merah.

“Sewaktu keluar, ayah (Muhammad) bukan sahaja tidak membawa beg duit dan telefon bimbit malang langsung tidak memakai topi keledar. Sebab itu, kami pada mulanya sangka dia tidak pergi jauh dan sekadar mahu berjumpa kawan sekampung sahaja,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Katanya, mereka yang gagal mencari Muhammad di sekitar kampung kemudiannya membuat laporan polis berhubung kehilangan warga emaa tersebut pada kelmarin.

“Kami juga cuba mencari ayah di semua hospital dan klinik berhampiran namun tidak jumpa,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... jak-tiga-hari-lalu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.047880 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list