CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5148|Reply: 0

[Pahang] Sultan Pahang nasihat anggota keselamatan jaga diri ketika padam kebakaran hutan

[Copy link]
Post time 9-4-2024 08:32 AM | Show all posts |Read mode

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah berangkat ke Pos Kawalan Bomba di Inderapura Jaya, semalam. - Foto ihsan FB Kesultanan Pahang

KUANTAN: Anggota pasukan keselamatan yang terbabit dalam operasi pemadaman kebakaran hutan di sekitar Jalan Kuantan-Pekan, di sini dinasihatkan sentiasa menjaga keselamatan ketika bertugas.

Pada masa sama, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut mengucapkan terima kasih di atas segala jasa dan keringat mereka yang terpaksa bertugas siang dan malam walaupun menjelang sambutanAidilfitri.

Menerusi hantaran Facebook rasmi Kesultanan Pahang, Al-Sultan Abdullah berkenan berangkat ke Pos Kawalan Bomba di Inderapura Jaya, di sini semalam.

"Kebawah Duli Paduka Baginda berangkat dengan memandu sendiri ke pos kawalan tiba pada jam 7 petang bagi meninjau kawasan kebakaran serta mendengar sembah taklimat berkenaan kebakaran hutan yang berlaku di sekitar Jalan Kuantan-Pekan itu.


"Mengiringi keberangkatan baginda, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

"Baginda meluangkan masa kira-kira satu jam setengah bersama pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

"Baginda turut berkenan berbuka puasa bersama anggota pasukan keselamatan yang terbabit serta menunaikan solat maghrib berjemaah sebelum berangkat pulang," menerusi hantaran itu.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa.

Difahamkan, keadaan cuaca panas menyebabkan hutan terutama di kawasan tanah gambut yang kering terdedah kepada kebakaran.

Selain kawasan Inderapura, Indera Sempurna, Balok dan Gebeng antara kawasan yang turut berlaku kebakaran hutan.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-diri-ketika-padam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.065589 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list