CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5526|Reply: 0

[Terengganu] Gerai beras putih tempatan diserbu, 900 kampit 10kg 'disapu licin'

[Copy link]
Post time 9-4-2024 01:59 PM | Show all posts |Read mode

Orang ramai menyerbu gerai jualan BPT pada program Agro Madani Edisi Raya di pekarangan pejabat PPK di Kampung Bukit Bayas, hari ini. - NSTP/BAHAROM BAKAR

KUALA TERENGGANU: Orang ramai menyerbu gerai jualan beras putih tempatan (BPT) pada program Agro Madani Edisi Raya yang menyaksikan 900 kampit 10 kilogram (kg) 'disapu licin', pagi tadi.

Hasil tinjauan BH mendapati orang ramai mula beratur di gerai jualan itu kira-kira setengah jam sebelum program bermula jam 8 pagi di pekarangan pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di Kampung Bukit Bayas, di sini.

Pada program jualan anjuran Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu itu, setiap kampit BPT 10kg terbabit dijual pada harga RM26.

Bagaimanapun, setiap pembeli hanya dihadkan dua kampit beras berkenaan.


Pengarah LPP negeri, Hasmila Abas, berkata pihaknya menyediakan 9,000kg BPT pada program jualan itu yang bertujuan membantu meringankan beban masyarakat dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri tahun ini.

Beliau berkata, LPP negeri diberi tanggungjawab melaksanakan program intervensi pengedaran BPT kepada semua PPK di Terengganu.

"Kita memperoleh bekalan BPT dan menjualnya kepada masyarakat pada harga RM26 bagi setiap 10kg membabitkan sebanyak 210 tan metrik dari September hingga Disember tahun lalu.

"Bulan lalu, kita memperoleh sebanyak 80 tan metrik yang dijual secara terus kepada masyarakat di 16 PPK seluruh negeri," katanya.

Turut hadir memantau jualan BPT pada program Agro Madani Edisi Raya di Kampung Bukit Bayas ialah Pengerusi LPP Kuala Terengganu, Abdullah Bakar.

Mengulas lanjut, Hasmila berkata, kira-kira 70,000 pengunjung bakal menerima manfaat melalui 14 program Agro Madani LPP yang akan diadakan di seluruh negeri sepanjang bulan ini.

"Selain BPT, barangan keperluan lain seperti ikan, sayur-sayuran, ayam segar dan daging turut dijual pada harga lebih murah pada setiap program jualan Agro Madani," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-10kg-disapu-licin

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.040418 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list