CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25602|Reply: 5

[Tempatan] Jerebu datang lagi, amaran cuaca panas Tahap 1 di 23 kawasan

[Copy link]
Post time 9-4-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 9-4-2024 10:25 PM

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan direkod mencatat bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat hari ini.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) melalui kemas kini sehingga jam 8 malam ini memaklumkan tiga kawasan itu membabitkan Cheras, di sini, dengan bacaan 106, diikuti Banting dan Klang di Selangor dengan masing-masing bacaan 162 serta 153.

Selain itu 51 kawasan direkod mencatat bacaan IPU sederhana.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca panas Tahap 1 (Berjaga-jaga) membabitkan 23 kawasan di enam negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Amaran Tahap 1 (Berjaga-jaga) merujuk suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya untuk tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia melalui kemas kini jam 4.30 petang tadi memaklumkan selain seluruh negeri Perlis, lapan kawasan di Kedah turut disenarai pada Tahap 1 iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Kual Muda, Padang Terap, Sik dan Baling.

Turut disenarai Seberang Perai Utara di Pulau Pinang; Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak; Pasir Mas, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan: serta Besut di Terengganu.

Di Pahang pula, amaran cuaca panas Tahap 1 membabitkan Jerantut, Kuantan, Temerloh, Maran, Pekan, Raub dan bentong.

Tiada kawasan disenarai dalam kategori amaran Tahap 2 (Gelombang Haba) dan Tahap 3 (Gelombang Haba Ekstrem).


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2024 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Jerebu dari nusarayau ke ni?
Baru nk rasa cuaca nyaman sihat tiber dtg pulak panas jerebu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 06:39 AM | Show all posts
woohooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 01:37 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 10-4-2024 02:18 PM
krustykrab replied at 9-4-2024 10:42 PM
Jerebu dari nusarayau ke ni?
Baru nk rasa cuaca nyaman sihat tiber dtg pulak panas jerebu

Jikapun nanti ada jerebu datang dari Sumatra ... itulah pasti prtanda bentuk  angkara murka dan hukuman dari Allah kepada anda semua atas banyak hal melampaui yang anda lakukan selama ini ...Adanya kasino dan tempat judi adalah salah satunya contohnya yang berlawanan dengan ajaraa islam ... Judi itu HARAM  ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Ahriman at 10-4-2024 01:53 PM

Puak Konoha tersenyum sinis.

Ada orng ckp main mercun bunga api banyak sangat sbb tu jerebu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
nusaraya replied at 10-4-2024 01:37 PM
Jikapun nanti ada jerebu datang dari Sumatra ... itulah pasti prtanda bentuk  angkara murka dan huk ...


Ya indog memang diberkati tuhan selamanya seperti dlm video ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.069086 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list