CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4500|Reply: 0

[Terengganu] Rumah 42 tahun tinggal kenangan, sambut Aidilfitri sederhana

[Copy link]
Post time 10-4-2024 03:19 PM | Show all posts |Read mode
Rumah 42 tahun tinggal kenangan, sambut Aidilfitri sederhana


Zatul Iffah Zolkiply
[email protected]



Tengku Alwi Tengku Ahmad tidak dapat menyembunyikan rasa sedih mengenangkan tragedi banjir yang meranapkan rumah mereka. FOTO Zatul Iffah Zolkiply




Dungun: Menjadi kelaziman rumah yang didiami sejak 42 tahun dijadikan tempat berkumpul pasangan suami isteri bersama ahli keluarga setiap kali menyambut lebaran.

Namun, situasi berbeza kali ini selepas mahligai yang menjadi tempat berteduh itu dihanyutkan banjir besar yang melanda kampung berkenaan pada 25 Januari lalu.

Walaupun hampir tiga bulan berlalu,Robiah Seman, 65, dan suaminya, Tengku Alwi Tengku Ahmad, 64, tidak dapat menyembunyikan rasa sedih mengenangkan tragedi itu yang meranapkan rumah mereka terutama ketika Ramadan dan Aidilfitri.

Menurut Robiah,dia dan suaminya tidak melakukan sebarang persiapan menyambut Aidilfitri selepas menjalani ibadah puasa.

Katanya, dia dan suami pada awalnya menetap di rumah anak yang terletak tidak jauh dari tapak rumah asalnya sebelum mengambil keputusan tinggal di kedai ini kerana tidak mahu menyusahkan anak.

"Untuk raya ini, memang sedih sebab selama ini kita sambut di rumah, anak-anak dan cucu-cucu datang berkumpul dan kali ini, walaupun berkumpul, perasaan itu tidak sama.

"Raya tetap disambut cuma keadaannya tidaklah semeriah seperti sebelum ini dan bila teringat, memang sebak dan sedih.

"Saya harap rumah baharu itu dapat disiapkan sekurang-kurangnya tak sempat Aidilfitrii, mungkin dapat disiapkan pada Hari Raya Aidiladha nanti," katanya ketika ditemui di Kampung Shukor, Hulu Dungun di sini.

Mengakui ada kalanya masih teringat kejadian itu, Tengku Alwi reda dengan ketentuan Ilahi.

"Walaupun kami hilang semuanya namun kami reda kerana sekurang-kurangnya ada juga tempat berteduh.

"Tipulah kalau tak sedih sebab itu rumah kita tapi kami tidak mahu terlalu melayan perasan dan pujuk sendiri hati untuk reda dengan ujian Allah," katanya

Media sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri di Kampung Shukor, Hulu Dungun di sini tidak dapat menahan sebak apabila melihat kediaman dihanyutkan dalam banjir besar pada 25 Januari lalu.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan pasangan itu hilang tempat berteduh.



Disiarkan pada: April 10, 2024 @ 1:45pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.049346 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list