CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10390|Reply: 2

[Dunia] Aidilfitri disambut meriah di Indonesia, turut dirasai warga Malaysia​

[Copy link]
Post time 11-4-2024 09:22 AM | Show all posts |Read mode
Aidilfitri disambut meriah di Indonesia, turut dirasai warga Malaysia​Oleh BERNAMA
April 10, 2024 @ 9:38am


Ribuan masyarakat Islam di Indonesia menunaikan solat Aidilfitri di sebuah jalan di Jakarta, hari ini. - Foto AFP.

JAKARTA: Umat Islam di Indonesia hari ini bergembira meraikan sambutan Aidilfitri yang mempertemukan keluarga dan sahabat handai dalam semangat kemesraan, kemaafan dan kebersamaan.

Pesiden Joko Widodo dan wanita pertama, Iriana dalam perutusan yang disiarkan melalui media sosial rasmi berpesan mengenai sikap saling bermaafan dan mengeratkan tali persaudaraan.

"Semoga di hari yang mulia ini kita dapat saling bermaafan dan bersilaturahim untuk membina kembali persaudaraan, menjadi bangsa yang rukun dan damai serta bersatu membangun Indonesia," katanya.

Memulakan sambutan dengan sembahyang sunat Aidilfitri di Masjid Istiqlal di sini, beliau kemudian kembali ke Istana Merdeka untuk bertemu segenap lapisan masyarakat pada acara rumah terbuka.

Tetamu termasuk tokoh tempatan dan diplomat asing hadir berkongsi kegembiraan dan menyampaikan ucapan selamat kepada Jokowi yang akan mengakhiri pentadbirannya pada 20 Oktober ini.

Sementara itu, sambutan di Kedutaan Malaysia meriah apabila lebih 300 warga Malaysia yang bekerja dan tinggal di sini, termasuk pelajar, pegawai dan kakitangan kedutaan serta Perwakilan Tetap Malaysia ke ASEAN berkumpul.

Duta Besar, Datuk Syed Md Hasrin Tengku Hussin menyertai sembahyang sunat Aidilfitri yang diimamkan Setiausaha Pertama (Hal Ehwal Agama) Mohd Shamsuri Ghazali.

Hidangan cita rasa Malaysia seperti nasi minyak, rendang, lemang, sate dan aneka kuih-muih disediakan sebagai pengubat rindu bagi mereka yang telah lama tidak pulang ke tanah air.

"Rakyat Indonesia yang mempunyai hubungan persaudaraan atau tali perkahwinan dengan rakyat Malaysia turut hadir. Kita harap mereka dapat merasakan suasana Aidilfitri seperti di Malaysia," kata Syed Md Hasrin.

Beliau percaya sambutan ini akan menjadi momentum memperkuat hubungan sesama rakyat, dan berkata: "Semoga hubungan Malaysia dan Indonesia terus kuat, aman, makmur dan kekal di masa depan."

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2024/04/1233625/aidilfitri-disambut-meriah-di-indonesia-turut-dirasai-warga-malaysia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2024 09:26 AM | Show all posts
Manakala ada umat Islam menyambut malam raya di uk sebegini rupa



https://youtu.be/2NqBbUxN5Bg?si=P8yBJ8dCEcC4fRc6


Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2024 02:15 PM | Show all posts
Edited by nusaraya at 11-4-2024 02:19 PM

Pastilah suasana aidul Fitri di KL lebih megah dan meriah di hari  raya 1Syawal 1445H  tahun ini ....

Bahkan begitu meriahnya laksana kita berhari raya di kota Dhaka Malaydesh  ..



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.051871 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list