CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8371|Reply: 0

[Kelantan] Puspen Kota Bharu bakal komersialkan maruku

[Copy link]
Post time 11-4-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode
Puspen Kota Bharu bakal komersialkan maruku


BERNAMA



Adzmiral Nawi



Kota Bharu: Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Kota Bharu akan memasarkan pelbagai jenis maruku di pasaran tempatan menerusi produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (SUKA) yang dilaksanakan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jun depan.

Pengarahnya Adzmiral Nawi berkata, produk maruku dipilih kerana kudapan itu sangat dekat dengan pilihan pengguna tanpa mengira agama dan kaum terutama ketika menyambut perayaan masing-masing malah pembuatannya juga sangat mudah serta tidak memerlukan banyak tenaga.

Beliau berkata, antara jenis maruku yang dipasarkan nanti ialah maruku bintang, maruku leper, maruku telur masin serta maruku keju dan harga dijual pula bergantung kepada jenis maruku bermula dari harga RM20 hingga RM30 sebekas.

"Kita ketika ini sedang rancang untuk pasarkan produk ini dengan melihat potensi dalam pasaran dan untuk permulaan kita beri kepada keluarga klien rasa maruku ini terlebih dulu semasa mengadakan lawatan sempena perayaan Aidilfitri.

"Apabila mendapat maklum balas daripada keluarga, kita akan buat promosi pula menerusi platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan TikTok untuk menarik perhatian masyarakat di luar dan mana-mana pihak yang mahu kolaborasi serta bantu kami untuk memasarkan produk ini," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Adzmiral berkata, produk yang dihasilkan 100 peratus oleh klien serta dibantu oleh beberapa petugas Puspen dapat memberi pendedahan awal kepada mereka cara memproses makanan ini dan memberi manfaat untuk mengusahakannya apabila dibebaskan sekali gus dapat menjana pendapatan.

Katanya, bahan-bahan digunakan untuk membuat maruku juga mudah didapati di pasaran seperti tepung beras, tepung gandum, telur, dan marjerin, malah masa yang diambil untuk siap juga tidak terlalu lama.

"Setakat ini, Puspen Kota Bharu mempunyai 33 klien lelaki berusia 21 tahun ke bawah dan rata-rata mereka hadir ke pusat ini secara sukarela untuk menjalani fasa pemulihan selepas terjebak dengan dadah.

"Alhamdulillah, saya lihat mereka sangat gembira ketika buat maruku ini dan mudah faham ketika diajar malah ada dalam kalangan klien ini mahu jual maruku apabila bebas nanti," katanya.



Disiarkan pada: April 11, 2024 @ 4:50pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.435741 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list