CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6259|Reply: 0

[Perak] Selepas makan bubur, Rizam akan muntah

[Copy link]
Post time 15-4-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Rizam (tiga dari kiri) menerima sumbangan barangan keperluan asas dari Perkeso Seri Manjung yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka, Jason Ng Thien Yeong (dua dari kiri) di rumahnya di Taman Muhibbah 2, Sitiawan baru-baru ini.

MANJUNG – Serangan strok yang dialami pada September tahun lalu bukan saja menjejaskan kesihatan seorang pekerja kontrak pemasangan paip dari Taman Muhibbah 2, Sitiawan di sini, malah kehidupannya juga berubah apabila dia tidak lagi mampu untuk menyara keluarga.

Lelaki berkenaan, Rizam ­Zamry, 41, kini hanya terlantar di rumah dan tidak mampu berjalan seperti biasa ekoran penyakit berkenaan.

Peti suara Rizam turut terjejas sehingga menyukarkan untuk bercakap selain tidak mampu lagi menjamah makanan seperti biasa.

“Pada mulanya, saya ke tempat kerja dalam keadaan demam dan sakit kepala, namun disarankan pulang oleh rakan-rakan apabila mereka melihat saya hampir pitam.

“Sebaik tiba di rumah, badan mula rasa tak selesa. Isteri terus membawa saya ke Hospital Seri Manjung,” katanya kepada ­Kosmo!.

Mengulas lanjut, Rizam berkata, pemeriksaan doktor mendapati tekanan darahnya berada lebih tinggi daripada bacaan sepatutnya, sebelum mengesahkan dia diserang strok setelah melakukan Imbasan Tomografi Berkomputer atau CT Scan.

Katanya, CT Scan dilakukan menunjukkan terdapat tompokan darah di pangkal leher di bahagian belakang.

“Ketika itu memang tidak boleh bercakap, makan atau berjalan dan hanya mampu terlantar. Dalam masa dua bulan cuma boleh makan bubur atau minum air sahaja, itu pun akan muntah balik sebab bahagian kerongkong mengecil. Berat badan menurun iaitu dari 98 kilogram (kg) kepada 63 kg,” katanya yang mempunyai enam orang anak berusia antara 2 hingga 14 tahun.

Sementara itu, isteri Rizam, Saydatul Aisah Mohd. Khairi, 40, berkata, keluarganya kini bergantung kepada pendapatannya sebagai promoter produk selain pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) sebanyak RM800 sebulan.

“Anak-anak semua faham dan ramai juga yang membantu kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin meng­hulurkan sumbangan boleh menghubungi Saydatul Aisah di talian 016-887 3252 atau menyalurkan kepada akaun Maybank di 158088142105.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -rizam-akan-muntah/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.043209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list