View: 6725|Reply: 0
|
[Selangor]
Ustazah Farah Cie trauma, pengawal peribadi masih tak sedarkan diri
[Copy link]
|
|
Tangkap layar video tular dikongsikan orang ramai berhubung kejadian tembak di Balai Ketibaan KLIA 1, Sepang, awal pagi semalam.
PETALING JAYA – Ustazah Farah Cie yang dikatakan menjadi sasaran kes tembakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1, Sepang awal pagi semalam mengakui dia masih trauma dengan kejadian itu.
Dalam masa sama, wanita itu turut berkongsi mengenai keadaan terkini pengawal peribadinya yang masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Lelaki itu kini menerima rawatan di Hospital Cyberjaya.
“Mohon maaf mesej bertalu-talu tidak terbalas. Masih trauma kejadian (tembakan) di depan mata.
“Sekarang pengawal peribadi Farah masih tidak sedarkan diri. Sama-sama kita doakan kesembuhan Along sihat seperti sedia kala,” katanya di Facebook.
Kosmo! semalam melaporkan seorang pengawal peribadi Ustazah Farah Cie cedera parah selepas ditembak seorang lelaki dalam kejadian di KLIA Terminbal 1, awal pagi semalam.
Suspek yang merupakan lelaki tempatan berusia 38 tahun itu kemudiannya melarikan diri dipercayai menuju ke arah ke utara.
Susulan itu, pihak polis menggesa lelaki itu untuk menyerah diri secara baik di mana-mana balai polis.
Pihak polis turut menasihati orang ramai yang melihat suspek untuk berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa namun tidak bertindak bersendirian ekoran lelaki terbabit disifatkan sebagai berbahaya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... -tak-sedarkan-diri/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|