CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6327|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Teluki - bunga boleh dimakan

[Copy link]
Post time 15-4-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Unit Industri Florikultur, Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Mohamad Nizam Malik (kanan) bersama pemilik ladang Bunga Teluki, Foliage Microgreens yang diusahakan oleh Fairuz Effindi, 39; Faisal Esa, 36, dan Abdul Harith Abdul Halim, 37 baru-baru ini. FOTO BERNAMA

Putrajaya: Bukan sahaja cantik sebagai hiasan, malah teluki atau carnation mampu memberikan pendapatan lumayan kepada pengusahanya apabila bakal menembusi pasaran Dubai di Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai bahan dalam hidangan mewah.

Lebih istimewa, teluki atau nama saintifiknya dianthus caryophyllus menjadi pilihan sebagai bahan dalam penyediaan hidangan istimewa di restoran fine dining dan hotel berprestij sekitar Dubai.

Ketua Unit Industri Florikultur Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) Mohamad Nizam Malik berkata, pihaknya menyasarkan mengeksport lebih 10,000 kotak teluki sebagai permulaan menjelang akhir tahun ini.

"Kami menyasarkan 10,000 kotak seberat 10 gram setiap satu dan memiliki 45 teluki seminggu yang mampu memberikan pulangan lumayan kepada pengusaha," katanya, semalam.


Katanya, susulan itu, DOA mengenal pasti kawasan yang dibangunkan untuk penanaman teluki atau Ladang Eksport Bunga Boleh Dimakan (LEEF) secara komersial seluas 2.4 hektar di Bukit Changgang, Banting, Selangor.

"Kami fokus ladang di Bukit Changgang sebagai projek rintis untuk dijadikan pusat sehenti bagi keseluruhan proses bermula daripada penanaman, penuaian, penyimpanan dan pembungkusan sebelum dieksport.

"Sebab utama kami memilih kawasan dekat dengan lapangan terbang demi memastikan kualiti bunga kekal segar sepanjang proses penanaman, penuaian sehingga penghantaran ke luar negara," katanya sambil menambah setiap kotak teluki mencecah harga RM80 berbanding nilai di pasaran tempatan yang dijual hanya RM10.

Katanya, kos keseluruhan mengeksport teluki rendah berbanding orkid kerana hanya membabitkan produk dan pembungkusan.

"Sebelum ini kita mengeksport orkid dalam bentuk kotak hadiah premium, tetapi tidak bagi Teluki.

"Teluki ia tidak begitu rumit sebagaimana orkid yang perlukan pasu khas dan gel air bagi mengekalkan kesegaran. Sebaliknya teluki hanya perlu dihantar dalam keadaan segar supaya pembeli berpuas hati," katanya.

Katanya, bunga yang diminati sebagai hiasan di kawasan rumah atau dekorasi pada majlis tertentu itu juga boleh dihidangkan dalam pencuci mulut seperti ais krim dan stik.

"Sebelum ini kita dengar kegunaan edible gold, atau emas yang boleh dimakan, untuk dimasukkan dalam hidangan, kali ini, kita yakin Teluki mendapat sambutan sama kerana rasanya segar terutama untuk pencuci mulut.

"Apabila bunga ini ditambah, ia menjadikan harga hidangan semakin mahal," katanya sambil memberitahu eksport pertama bunga itu ke Dubai disasar selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Ketika ini, projek penanaman bunga teluki diusahakan di ladang di Kajang yang menempatkan empat rumah hijau bagi memenuhi pasaran tempatan oleh syarikat Foliage Microgreens.

Katanya, DOA turut mengintai peluang pasaran di Singapura susulan ada permintaan sebelum ini dan memulakan penanaman bunga itu di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.

"Ahli Parlimen Parit Sulong Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyatakan hasrat menjadikan ia antara aktiviti dalam kalangan kaum wanita di kawasannya.

"Jadi, ini disasarkan untuk pasaran di negara jiran (Singapura). Saya yakin produk teluki menjadi satu cabang dan peluang baik untuk menjana pendapatan," katanya.

Baru-baru ini, wartawan dibawa melihat ladang tTeluki milik Foliage Microgreens seluas 0.1 hektar yang diusahakan Fairuz Effindi, 39, Faisal Esa, 36, dan Abdul Harith Abdul Halim, 37.

Bermula dengan hanya sebuah rumah hijau dan kos RM30,000 pada 2018, kini tiga lagi rumah hijau dibina untuk penanaman bunga itu.

"DOA memberikan bantuan dari segi nasihat berkaitan penjagaan bunga dan peluang memasarkan produk ini dan kami merancang melangkah lebih jauh dalam bidang ini," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bunga-boleh-dimakan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.149835 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list