CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6304|Reply: 0

[Melaka] Banjir kilat, 3 PPS dibuka di Melaka

[Copy link]
Post time 15-4-2024 11:38 AM | Show all posts |Read mode

ANGGOTA APM Alor Gajah melakukan pemantauan keadaan air di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal. FOTO Ihsan APM Melaka

Melaka: Sebanyak 122 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Melaka setakat 8 pagi ini susulan banjir kilat yang melanda akibat hujan lebat sejak petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Melaka Lt Kol (PA) Kamarulsyah Muslim berkata satu PPS dibuka di daerah Melaka Tengah iaitu di Japerun Ayer Keroh pada 11 malam tadi yang menempatkan 12 mangsa daripada dua keluarga.

"Di daerah Alor Gajah, sebanyak 72 mangsa daripada 25 keluarga dipindahkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal dan 38 mangsa daripada tujuh keluarga ditempatkan di Balai Raya Bukit Balai.

"Antara kawasan terjejas di daerah Alor Gajah ialah Kampung Bukit Tambun, Kampung Parit Melaka, Kampung Bukit Balai, Taman Murai Jaya, Kampung Padang Keladi, Kampung Belimbing Dalam dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Durian Tunggal," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Kamarulsyah, kawasan yang terjejas di Melaka Tengah adalah Kampung Sungai Putat, Taman Melawis Bukit Beruang, Taman Ayer Keroh Heights dan Kampung Enam.

Beliau berkata hujan lebat sejak 4 petang semalam menyebabkan air sungai melimpah di kawasan perumahan dan jalan raya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ps-dibuka-di-melaka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.038188 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list