View: 3091|Reply: 1
|
[Selangor]
Tolong jaga rumah, siram pokok bunga jiran Melayu
[Copy link]
|
|
Gambar yang dimuat naik di Facebook memaparkan Yuvaraj sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah jirannya.
PETALING JAYA – Seorang lelaki berbangsa India membuktikan dia mampu menjaga hubungan yang harmoni bersama jirannya berbangsa Melayu apabila membantu menjaga rumah serta menolong menyiram pokok bunga jirannya itu.
Menurut perkongsian foto di Facebook milik akaun Yuvaraj Krishna, lelaki itu dilihat sedang menyiram pokok bunga jirannya berbangsa Melayu di hadapan rumah.
“Jiran saya saudara Melayu dan dia pulang ke kampung di Johor sambut raya. Saya tolong dia jaga rumah dan siram pokok bunga.
“Inilah cara orang Malaysia hidup aman dan damai antara kita, jangan kacau kami dan porak perandakan negara ini,” katanya dalam kapsyen foto itu.
Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, perkongsian foto di media sosial terbabit mendapat sambutan yang terpuji daripada orang awam.
“Terbaik, saya suka rakyat Malaysia harmoni begini,” kata Shariza Othman.
“Saya pun pernah berjiran bangsa India. Kalau hari hujan, saya tak ada di rumah dia tolong angkatkan kain. Kalau hari Deepavali, macam-macam makanan dia beri.
“Kalau Hari Raya, saya akan bagi dia ketupat, rendang ayam. Memang dia jiran yang sangat baik,” kata Nora Shida.
Perkongsian foto di media sosial Facebook terbabit mendapat jumlah perkongsian sebanyak 256 dan sukaan sebanyak 17,600 tanda suka. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... bunga-jiran-melayu/ |
|
|
|
|
|
|
|
Seronok dapat jiran yang baik dan bersefahaman |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|