View: 5962|Reply: 0
|
[Melaka]
Lelaki didenda RM3,000 cederakan kekasih pada 1 Syawal
[Copy link]
|
|
TERTUDUH dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka kerana mengaibkan dan mencederakan teman wanitanya. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI / KOSMO!
MELAKA – Perbuatan seorang lelaki mengaibkan dan mencederakan teman wanitanya pada hari raya pertama berbalas apabila didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.
Majistret Nabilah Nizam membuat ketetapan itu setelah menerima pengakuan tertuduh, Muhammad Nur Fitri Lot, 29, sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Berdasarkan dua kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat hendak mengaibkan kehormatan seorang wanita berusia 36 tahun dengan cara memarahi mangsa menggunakan kata-kata kesat.
Tertuduh turut didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada mangsa sama.
Kesemua perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 6 petang di hadapan sebuah rumah bernombor, Jalan AP 7, Taman Alai Perdana dalam daerah Melaka Tengah pada 10 April 2024.
Mengikut fakta kes, tertuduh memaki hamun menggunakan kata-kata kesat seperti bodoh, dan ‘perempuan pelacur’ di dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil dan cuba menyerang mangsa.
Tertuduh juga bertindak menutup pintu dengan kuat hingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dahi kiri.
Mangsa turut melihat status tertuduh di aplikasi WhatsApp yang memuat naik gambar wanita itu bersama kapsyen yang mengaibkan.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 bagi setiap pertuduhan atau tiga bulan penjara jika gagal bayar.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... asih-pada-1-syawal/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|