CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4071|Reply: 0

[Melaka] Siren ada tapi tak berbunyi, habis semua tenggelam – Mangsa banjir

[Copy link]
Post time 17-4-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode

PASUKAN Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu memindahkan penduduk terjejas banjir di daerah Alor Gajah, Melaka, semalam.

ALOR GAJAH – Mangsa banjir di Kampung Bukit Tambun, Durian Tunggal dekat sini meluahkan rasa kecewa apabila siren amaran banjir yang disediakan di lokasi ‘hotspot’ itu tidak berbunyi menyebabkan harta benda musnah ditenggelami air.

Zai Zali Abd Karim, 41, berkata, penduduk di kawasan itu tidak sempat menyelamatkan barangan berharga apabila air banjir dikatakan naik terlalu cepat sekitar pukul 6 petang semalam.

Katanya, siren amaran banjir itu sepatutnya berbunyi apabila paras air sungai di kawasan berhampiran meningkat bagi membolehkan penduduk bersiap sedia menyelamatkan barangan berharga.

“Saya tinggal di rumah ini bersama isteri dan dua orang anak dengan yang paling kecil berusia setahun lima bulan.

“Kami memang terkejut tiba-tiba rumah dinaiki air banjir, siren amaran banjir ada tetapi tak berbunyi dan kami kelam-kabut cuba selamatkan apa (barang) yang termampu sebelum berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS),” ujarnya ketika ditemui pemberita di sini, malam tadi.

Tambahnya, kawasan itu turut dinaiki air banjir beberapa hari lalu dan rata-rata penduduk baru sahaja membersihkan kediaman masing-masing.

“Kami baru kemas rumah dua hari lalu, ini kena kemas lagi kerana lantai telah diselaputi lumpur. Harap sangat pihak bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu seperti mendalamkan sungai,” katanya.

Sementara itu pasangan warga emas, Kassim Samdin, 70, dan Kamisah Mahmud, 61, memberitahu kedua-dua mereka bimbang sekiranya kejadian banjir itu berlaku pada lewat pagi atau ketika penduduk sedang tidur.

“Mujur banjir petang, kalau kami sedang tidur dan tidak sedar macam mana?. Kami nak tidur pun rasa takut sekarang ini sebab siren amaran banjir tidak berbunyi,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Zahari Abd. Khalil ketika ditemui berkata, pihaknya akan mengambil tindakan segera berkaitan isu siren amaran banjir tersebut.

“Saya pandang serius perkara ini dan akan berjumpa dengan pihak yang menguruskan siren amaran banjir ini supaya tindakan segera dapat diambil,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... elam-mangsa-banjir/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.350880 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list