CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11444|Reply: 2

[Tempatan] Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas

[Copy link]
Post time 19-4-2024 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... eter-dari-jejantas/

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
18 April 2024, 10:18 pm



BALIK PULAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak dari ketinggian kira-kira 30 meter di Jejantas Sungai Tiram, Bayan Lepas di sini, petang tadi.

Mangsa lelaki berusia 27 tahun itu dilaporkan meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Zon Merah sebuah hospital swasta, sebentar tadi.

Semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan menunggang motosikal seorang diri ke arah Bayan Lepas.

Sumber dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Barat Daya berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 5.59 petang tadi dan kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, operasi membantu mengangkat mangsa membabitkan seramai empat anggota termasuk seorang pegawai dari APM Daerah Barat Daya.

“Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri. Mangsa meninggal dunia di hospital sebentar tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini.

Tambahnya, jarak ketinggian jejantas ke lokasi mangsa jatuh ke bawah adalah setinggi bangunan tiga tingkat iaitu kira-kira 30 meter. -KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2024 09:14 AM | Show all posts
Allahu Akbar....cornering terlebih apa???
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2024 09:31 AM | Show all posts
sedihnya..ramadhan terakhir haritu sempat habis tapi itulah yg terakhir. mesti sedih yg tersayang dan keluarga. ke bukan islam? apapun hati2 dijalanraya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.062062 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list