CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9354|Reply: 1

[Tempatan] Gadis cedera diragut atas motosikal. #2, Gadis bermotosikal jatuh berguling di jalan selepas diragut

[Copy link]
Post time 19-4-2024 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 19-4-2024 03:18 AM

Gadis cedera diragut atas motosikal

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... gut-atas-motosikal/

Oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED
19 April 2024, 10:01 am


Tangkap layar kejadian ragut dan kecederaan yang di alami mangsa.

KLANG – Perjalanan seorang gadis menuju ke tempat kerja bertukar malang apabila diragut penjenayah sehingga cedera akibat terjatuh daripada motosikalnya di Jalan Persiaran Raja Muda Musa di sini, Isnin lalu.

Kejadian tular pukul 8.50 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 20 tahun cedera di tangan dan kaki selain beg silangnya dilarikan suspek.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa menunggang Yamaha LC secara bersendirian di jalan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perempuan Raja Zarina itu.

Jelas beliau, gadis itu kemudian dihampiri sebuah motosikal Yamaha Y15 berwarna gelap ditunggang seorang lelaki yang menarik beg silang dipakainya.

“Tindakan itu menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terjatuh atas jalan dan cedera di kedua-dua tapak tangan, lutut dan bahu kiri.

“Selain itu, mangsa kerugian RM3,000 selepas kehilangan beg itu yang berisi telefon bimbit Iphone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114,” katanya hari ini.

Tambah Hoong Fong, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. -KOSMO!ONLINE

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2024 11:18 AM | Show all posts
Gadis bermotosikal jatuh berguling di jalan selepas diragut

https://www.bharian.com.my/berit ... lan-selepas-diragut

Oleh Ruwaida Md Zain - April 19, 2024 @ 10:08am
bhnews@bh.com.my


Polis Klang Selatan mengesahkan kejadian ragut sehingga menyebabkan seorang mangsa perempuan jatuh di jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Isnin lalu. - Foto tular

KLANG: Polis Klang Selatan mengesahkan kejadian ragut sehingga menyebabkan seorang mangsa perempuan jatuh di jalan raya di Persiaran Raja Muda Musa berhadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Zarina, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa, seorang warga tempatan berusia 20 tahun pada jam 4.34 petang hari sama.

"Siasatan mendapati, kejadian jam 8.50 pagi ketika mangsa yang menunggang motosikal dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Semasa melalui lokasi kejadian, tiba-tiba suspek yang menaiki sebuah motosikal datang dari arah belakang mendekati mangsa dan menarik beg yang disilang di badan mangsa.

"Akibat situasi itu, mangsa hilang Kawalan lalu terjatuh dari motosikal ke jalan serta cedera," katanya dalam kenyataan.

Mangsa sudah menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Siasatan mendapati, beg silang mangsa yang diragut suspek mengandungi telefon bimbit jenis iPhone 14 berwarna ungu, dompet berisi dokumen peribadi serta wang tunai RM114.

Suspek adalah seorang lelaki dewasa menunggang motosikal dipercayai jenis Yamaha Y15 warna gelap.

Polis sedang mengenal pasti suspek kejadian ini dan tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat. Polis membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Katanya, polis juga sedang mendapati beberapa video berkaitan perbuatan suspek tular di media sosial.

Polis menasihatkan orang awam agar tidak menularkan video terbabit bagi mengelakkan kegusaran masyarakat setempat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.604441 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list