CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5920|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Ajal merentas desa: Semoga Nuqman tenang 'di sana'

[Copy link]
Post time 20-4-2024 01:46 PM | Show all posts |Read mode

JENAZAH Nuqman Naufal selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas. FOTO Ahmad Hasbi

Nilai: Jenazah pelajar Sekolah Menegah Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah yang meninggal dunia ketika menyertai acara merentas desa, pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ar Raudhah, Kota Seriemas, di sini, kira-kira 2.30 pagi tadi.

Terdahulu, kira-kira 6.30 petang semalam, kelihatan kenderaan polis membawa jenazah Allahyarham Nuqman Naufal Shamsul Fadzli, 14, keluar dari Hospital Tunku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban.

Jenazah pelajar Tingkatan Dua itu kemudiannya dituntut ahli keluarganya kira-kira 12.30 tengah malam tadi di Jabatan Perubatan Forensik HTJ.

Jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Putra Nilai, di sini untuk disembahyangkan dengan kehadiran kira kira 300 ahli keluarga serta rakan arwah.


Turut kelihatan beberapa pegawai dipercayai daripada Kementerian Pendidikan.

Usaha untuk mendapatkan maklum balas keluarga atau rakan Allahyarham tidak berhasil apabila mereka enggan ditemu bual.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Juasseh, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang mendapat gambaran awal daripada pihak sekolah dan ibu bapa remaja terbabit memaklumkan guru sudah sedaya upaya untuk menyelamatkan pelajar itu.

Justeru, beliau meminta orang ramai supaya tidak menularkan maklumat tidak betul berhubung kejadian dan menuding jari kepada mana-mana pihak.

"Hanya orang terdekat dengan Allahyarham dan mereka yang berada di lokasi kejadian yang mengetahui apa sebenar berlaku. Jadi saya harap benda ini tak diviralkan dengan salah dan saya sudah jumpa keluarga.

"Mereka menyatakan menerima apa yang terjadi ini sebagai takdir," katanya ditemui di Unit Perubatan Forensik, HTAN, petang semalam.

Pihak media masih lagi menunggu kenyataan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan berhubung kejadian ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... qman-tenang-di-sana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:08 PM GMT+8 , Processed in 2.167813 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list