CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20782|Reply: 51

[Tempatan] Nasi lemak 'mendunia' selepas dikongsikan Agensi Perisikan Pusat CIA Amerika Syarikat.Anda bangga?

  [Copy link]
Post time 20-4-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 20-4-2024 11:09 PM

https://www.facebook.com/share/p/gowEwAeg9qD4Jhz6/?mibextid=Nif5oz

Nasi lemak 'mendunia' selepas dikongsikan CIA, jadi kegemaran warga tempatan dan pelancong
Namun baru-baru ini, satu hantaran daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat tiba-tiba mencuri tumpuan rakyat Malaysia



Apa tidaknya, agensi perisikan antara yang disegani di dunia itu bertindak berkongsi beberapa fakta menarik tentang nasi lemak dengan pengikutnya.

“Nasi lemak dianggap sebagai sebagai makanan warisan Malaysia dan popular sebagai sarapan pagi masyarakat Melayu.

“Namanya dalam Bahasa Melayu jika diterjemah secara literal (ke BI) bermaksud “fat rice” kerana proses penyediaan membuatkan juadah ini menjadi berlemak dan penuh rasa.

“Nasi lemak adalah nasi yang dikukus di dalam santan bersama daun pandan, serai, halia dan herba-herba lain. Menu ini biasanya dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng serta sambal,” kata CIA dalam hantaran itu.

Hantaran berkenaan pantas mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Tinjauan yang dibuat mendapati pengguna-pengguna Facebook dari negara ini tidak melepaskan peluang meninggalkan komen pada hantaran tersebut.

Perkongsian dibuat merupakan sebahagian daripada Buku Fakta Dunia CIA
Menurut CIA, info tentang nasi lemak itu merupakan sebahagian daripada maklumat 'perisikan' asas yang dikumpul dalam Buku Fakta Dunia CIA.

Buku itu menjadi sumber kepada orang awam mengenai pelbagai info menarik melibatkan 266 entiti di seluruh dunia.

Jadi, ini menandakan nasi lemak adalah salah satu maklumat tentang negara ini yang terkandung dalam buku tersebut.

Begitupun, info berkenaan bukan sekadar catatan semata-mata. Tetapi ini menunjukkan bahawa nasi lemak adalah simbol budaya yang patut diraikan, yang menarik minat dan kekaguman di peringkat global.

Bagi kita sebagai rakyat Malaysia, ini adalah satu lagi sebab untuk berasa bangga. Apabila warisan makanan kita diperkenalkan kepada dunia, ia membawa kita selangkah lebih dekat untuk menjadikan negara kita dikenali di mata dunia.

Jadi, jika anda berada di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan nasi lemak yang pastinya memikat selera.



Sumber: Central Intelligence Agency (CIA)

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
So, kita nak kena terima dakyah CIA pro Yehudi Seroel nirojim?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Nasi lemak wanjo rupanya sungguh overrated yach.itu je nk kabo
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2024 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Bilamana CIA tetiba berminat dengan nasi lemak...

Korang rasa?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang pelik US ada puluh ribu immigrants dari malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 20-4-2024 11:11 PM
So, kita nak kena terima dakyah CIA pro Yehudi Seroel nirojim?

Jarum-jarum halus CIA cuba menyelusup masuk ke dalam pemikiran umat melayu melalui makanan.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Tgk makanan kegemaran rakyat msia pun dia Tau. Btp intelligencenya cia ni. So dgn maklumat ni dia ajak target makan nasi lemak at the same time dia dpt korek maklumat rahsia drp target secara social engineering jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Gelupur laaaa.... Cia sudah kenal nasi lemak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 09:11 AM | Show all posts
agn2 wnduu nasik lemk aa tu bila boss panggil balik mintak siapkn repot pagi2..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 11:22 AM | Show all posts
so, adakah nasi lemak bakal masuk dalam agenda yahudi & new world order?
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
...tengok laa.. nanti dia makan guna chop stick. .cam sorang acik solehh kat satu akaun tiktok tuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 20-4-2024 11:25 PM
Bilamana CIA tetiba berminat dengan nasi lemak...

Korang rasa?

Iols membayangkan article kat fb tu sebenarnya ada mesej tersembunyi pasal malaysia. Agen je yg faham. Mcm tu la kesan pengaruh kat iols bila byk sgt tgk spy movie hollywood
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jap lg indon sentap....klem nasik lemak diorg punya
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarum-jarum halus orang Yahudi untuk bagi ramai penduduk dunia sakit jantung
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 02:56 PM | Show all posts
Tu semua kod rahsia utk sleeper agent yg ada merata dunia termasuk dalam negara kita. Kacang tu peluru, nasi tu bom, ikan bilis tu pistol.....haa spy je yg paham ..bukan sesaje CIA nak up nasi lemak. Baik dia up nasi goreng USA...apa kaitan dgn Amereka.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 03:01 PM | Show all posts
cuba CIA selidik tengok.. sambal yg letak belacan lagi sedap ke atau yg tak de belacan.. aku suka sambal yg pedas2 manis.. baru kick..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2024 03:27 PM From the mobile phone | Show all posts
sranua replied at 21-4-2024 02:56 PM
Tu semua kod rahsia utk sleeper agent yg ada merata dunia termasuk dalam negara kita. Kacang tu pelu ...

USA tu Udang Sotong dengan Ayam lah makcik!
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 03:31 PM | Show all posts
tapi harap ada seller hi light kan yang guna santan ori dan santan kotak.. tak kisah kalau santan ori + beras basmathi = harga premium.. sebab memang jauh beza rasa dengan santan kotak..

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 21-4-2024 07:31 AM
tapi harap ada seller hi light kan yang guna santan ori dan santan kotak.. tak kisah kalau santan or ...

Kalau jual nasik lemak premium gini, berapa harga uols sanggup bayar? Andaikan nasik lemak basic hada telur rebus gred C sebijik je.

#sedangsurveymarket
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2024 03:58 PM | Show all posts
alesandra replied at 20-4-2024 11:19 PM
Nasi lemak wanjo rupanya sungguh overrated yach.itu je nk kabo

betul. i 2 kali dah makan situ. i tak ada rasa yang wow pun. village park tetap di hati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 11:22 PM GMT+8 , Processed in 0.118419 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list