View: 21238|Reply: 51
|
[Tempatan]
Nasi lemak 'mendunia' selepas dikongsikan Agensi Perisikan Pusat CIA Amerika Syarikat.Anda bangga?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 20-4-2024 11:09 PM
https://www.facebook.com/share/p/gowEwAeg9qD4Jhz6/?mibextid=Nif5oz
Nasi lemak 'mendunia' selepas dikongsikan CIA, jadi kegemaran warga tempatan dan pelancong
Namun baru-baru ini, satu hantaran daripada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat tiba-tiba mencuri tumpuan rakyat Malaysia
Apa tidaknya, agensi perisikan antara yang disegani di dunia itu bertindak berkongsi beberapa fakta menarik tentang nasi lemak dengan pengikutnya.
“Nasi lemak dianggap sebagai sebagai makanan warisan Malaysia dan popular sebagai sarapan pagi masyarakat Melayu.
“Namanya dalam Bahasa Melayu jika diterjemah secara literal (ke BI) bermaksud “fat rice” kerana proses penyediaan membuatkan juadah ini menjadi berlemak dan penuh rasa.
“Nasi lemak adalah nasi yang dikukus di dalam santan bersama daun pandan, serai, halia dan herba-herba lain. Menu ini biasanya dihidangkan dengan telur rebus, ikan bilis dan kacang tanah yang digoreng serta sambal,” kata CIA dalam hantaran itu.
Hantaran berkenaan pantas mencuri tumpuan rakyat Malaysia. Tinjauan yang dibuat mendapati pengguna-pengguna Facebook dari negara ini tidak melepaskan peluang meninggalkan komen pada hantaran tersebut.
Perkongsian dibuat merupakan sebahagian daripada Buku Fakta Dunia CIA
Menurut CIA, info tentang nasi lemak itu merupakan sebahagian daripada maklumat 'perisikan' asas yang dikumpul dalam Buku Fakta Dunia CIA.
Buku itu menjadi sumber kepada orang awam mengenai pelbagai info menarik melibatkan 266 entiti di seluruh dunia.
Jadi, ini menandakan nasi lemak adalah salah satu maklumat tentang negara ini yang terkandung dalam buku tersebut.
Begitupun, info berkenaan bukan sekadar catatan semata-mata. Tetapi ini menunjukkan bahawa nasi lemak adalah simbol budaya yang patut diraikan, yang menarik minat dan kekaguman di peringkat global.
Bagi kita sebagai rakyat Malaysia, ini adalah satu lagi sebab untuk berasa bangga. Apabila warisan makanan kita diperkenalkan kepada dunia, ia membawa kita selangkah lebih dekat untuk menjadikan negara kita dikenali di mata dunia.
Jadi, jika anda berada di Malaysia, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan nasi lemak yang pastinya memikat selera.
Sumber: Central Intelligence Agency (CIA)
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So, kita nak kena terima dakyah CIA pro Yehudi Seroel nirojim? |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak wanjo rupanya sungguh overrated yach.itu je nk kabo |
|
|
|
|
|
|
|
Bilamana CIA tetiba berminat dengan nasi lemak...
Korang rasa? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang pelik US ada puluh ribu immigrants dari malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-4-2024 11:11 PM
So, kita nak kena terima dakyah CIA pro Yehudi Seroel nirojim?
Jarum-jarum halus CIA cuba menyelusup masuk ke dalam pemikiran umat melayu melalui makanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk makanan kegemaran rakyat msia pun dia Tau. Btp intelligencenya cia ni. So dgn maklumat ni dia ajak target makan nasi lemak at the same time dia dpt korek maklumat rahsia drp target secara social engineering jer. |
|
|
|
|
|
|
|
Gelupur laaaa.... Cia sudah kenal nasi lemak |
|
|
|
|
|
|
|
agn2 wnduu nasik lemk aa tu bila boss panggil balik mintak siapkn repot pagi2.. |
|
|
|
|
|
|
|
so, adakah nasi lemak bakal masuk dalam agenda yahudi & new world order? |
|
|
|
|
|
|
|
...tengok laa.. nanti dia makan guna chop stick. .cam sorang acik solehh kat satu akaun tiktok tuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
airfilterkotor replied at 20-4-2024 11:25 PM
Bilamana CIA tetiba berminat dengan nasi lemak...
Korang rasa?
Iols membayangkan article kat fb tu sebenarnya ada mesej tersembunyi pasal malaysia. Agen je yg faham. Mcm tu la kesan pengaruh kat iols bila byk sgt tgk spy movie hollywood |
|
|
|
|
|
|
|
Jap lg indon sentap....klem nasik lemak diorg punya |
|
|
|
|
|
|
|
Jarum-jarum halus orang Yahudi untuk bagi ramai penduduk dunia sakit jantung |
|
|
|
|
|
|
|
Tu semua kod rahsia utk sleeper agent yg ada merata dunia termasuk dalam negara kita. Kacang tu peluru, nasi tu bom, ikan bilis tu pistol.....haa spy je yg paham ..bukan sesaje CIA nak up nasi lemak. Baik dia up nasi goreng USA...apa kaitan dgn Amereka. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba CIA selidik tengok.. sambal yg letak belacan lagi sedap ke atau yg tak de belacan.. aku suka sambal yg pedas2 manis.. baru kick.. |
|
|
|
|
|
|
|
sranua replied at 21-4-2024 02:56 PM
Tu semua kod rahsia utk sleeper agent yg ada merata dunia termasuk dalam negara kita. Kacang tu pelu ...
USA tu Udang Sotong dengan Ayam lah makcik! |
|
|
|
|
|
|
|
tapi harap ada seller hi light kan yang guna santan ori dan santan kotak.. tak kisah kalau santan ori + beras basmathi = harga premium.. sebab memang jauh beza rasa dengan santan kotak..
|
|
|
|
|
|
|
|
blue_blur replied at 21-4-2024 07:31 AM
tapi harap ada seller hi light kan yang guna santan ori dan santan kotak.. tak kisah kalau santan or ...
Kalau jual nasik lemak premium gini, berapa harga uols sanggup bayar? Andaikan nasik lemak basic hada telur rebus gred C sebijik je.
#sedangsurveymarket |
|
|
|
|
|
|
|
betul. i 2 kali dah makan situ. i tak ada rasa yang wow pun. village park tetap di hati.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|