CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3166|Reply: 0

[Selangor] Ajaib! Budak ‘speech delay’ sembuh sebab Alamak Raya Lagi!

[Copy link]
Post time 21-4-2024 03:38 PM | Show all posts |Read mode

Lagu Alamak Raya Lagi! bukan sahaja popular bahkan membantu kanak-kanak yang mengalami masalah 'speech delay'.

PETALING JAYA – Mencetuskan fenomena sehingga meraih 17 juta tontonan dalam tempoh sebulan di YouTube, Alamak Raya Lagi! nyanyian De Fam terus mencipta kejayaan membanggakan apabila membantu kanak-kanak menghadapi masalah pertuturan atau speech delay.

Perkara tersebut dikongsi seorang ibu yang meluahkan perasaan teruja apabila anaknya yang berhadapan kelewatan bercakap boleh menyanyikan mengikut lagu tersebut.

Wanita itu bersyukur kerana lagu Alamak Raya Lagi!  membuatkan anaknya itu mahu membuka mulut dengan mengikut bait seni kata walaupun kurang lancar.

“Satu-satunya lagu anak saya yang speech delay boleh ikut menyanyi walaupun dia sebut hujung-hujung sikit sahaja tapi sudah cukup buat kami gembira.

    “Terima kasih untuk lagu itu,” katanya yang berkongsi kegembiraan di ruangan komen Facebook sebuah portal hiburan.

Sebelum ini dalam keterujaan ramai terhadap lagu raya pertama Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana itu, terdapat kritikan segelintir pihak terhadap pemilihan perkataan ‘alamak’.

Frasa tersebut disifatkan seolah-olah pencipta dan kumpulan terbabit menunjukkan seperti tidak gembira menyambut Aidilfitri.

Begitupun, Azira mewakili dua rakannya berpendapat lirik single Alamak Raya Lagi! tidak membawa maksud negatif mahupun seperti didakwa sesetengah pihak iaitu mencarut.

Pada masa sama, ‘demam’ lagu berkenaan juga tular sehingga luar negara apabila ramai artis dan peminat menjadikannya sebagai latar video dalam platform TikTok.

Antaranya adalah artis k-pop, TRI.BE, selain kumpulan wanita Jepun, Avantgardey, pelakon dan juga penyanyi Thailand iaitu Gam Wichayanee serta ramai lagi pemilik akaun TikTok termasuk di India dan China. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... b-alamak-raya-lagi/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.039788 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list