CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11632|Reply: 0

[Sabah] KPD Lahad Datu masih disiasat, belum ada keputusan muktamad

[Copy link]
Post time 21-4-2024 05:41 PM | Show all posts |Read mode


SIASATAN: Jauteh ketika ditemui media menjelaskan Ketua Polis Daerah Lahad Datu masih menjalani siasatan.

PAPAR: Polis masih meneruskan siasatan terhadap Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu berikutan kes kematian anaknya yang dipercayai tertembak diri sendiri dalam kejadian pada 16 April lepas.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun berkata, setakat ini belum ada lagi perkembangan terbaharu dan siasatan masih dijalankan berhubung kes terbabit.

Katanya, keputusan muktamad mengenai tindakan yang akan diambil terhadap KPD terbabit juga belum dapat dibuat selagi belum ada laporan penuh hasil siasatan.

"Siasatan terhadap Ketua Polis Daerah masih dijalankan kerana dia adalah pemilik pistol berkenaan," katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes remaja perempuan iaitu anak KPD Lahad Datu yang maut akibat tertembak diri sendiri.

Jauteh ditemui media pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Parlimen Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang di sini hari ini.

Beliau berkata, kes terbabit juga belum dapat dipastikan sama ada ia berlaku atas faktor kecuaian atau sebaliknya.

Dalam kejadian terbabit, anak perempuan KPD Lahad Datu yang berusia 14 tahun dilaporkan maut dipercayai tertembak diri sendiri dengan menggunakan pistol milik bapanya di kediaman mereka di Taman Tabanak, Lahad Datu.

Terdahulu pihak polis mengklasifikasi kematian remaja berkenaan sebagai mati mengejut (SDR).

Susulan itu, tiga saksi termasuk ahli keluarga mangsa diambil keterangan dan sepucuk pistol jenis Walther P99 milik pegawai kanan  berkenaan turut dirampas untuk siasatan.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 12883 Replies : 3
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.123348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list