CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8581|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Geng Ayoi tumpas, 3 lelaki ditahan

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

Foto hiasan

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan geng Ayoi yang aktif menyamun kedai serbaneka 24 jam di sekitar daerah Hulu Selangor dan Gombak dekat sini, selepas menahan tiga lelaki dipercayai anggota kumpulan itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, ketiga-tiga suspek yang berusia 23 hingga 32 tahun itu ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Kuang pada 3 pagi dan pihaknya turut merampas motosikal jenama Honda RSX, dua topi keledar, sehelai baju berwarna hitam serta sepasang kasut.

"Semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes jenayah dan dadah.

"Ujian air kencing pula mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah jenis methamphetamine dan tetrahydrocannabinol," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Ahmad Faizal percaya dengan tangkapan itu polis menyelesaikan sembilan kes samun di Hulu Selangor dan Gombak.

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki itu direman enam hari bermula semalam untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah kepada pihak polis supaya tindakan selanjutnya dapat diambil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-3-lelaki-ditahan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.250498 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list