CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20638|Reply: 0

[Sarawak] Sabah catat penurunan 42 peratus KIR berstatus miskin tegar

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:15 PM | Show all posts |Read mode


SIDANG DUN: Hajiji (kanan) bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Joachim Gunsalam (kiri) sebelum sidang DUN bermula.

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan penurunan sebanyak 42 peratus iaitu seramai 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) yang masih berstatus miskin tegar daripada 22,510 KIR setakat 31 Mac 2024.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor berkata, jumlah berkenaan adalah berdasarkan 'locked figure' yang ditetapkan dalam sistem eKasih.

Menurutnya, kerajaan negeri menetapkan 'locked figure' yang direkodkan dalam sistem eKasih bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah melibatkan seramai 22,510 KIR dan 94,315 Ahli Isi Rumah (AIR).

Bagaimanapun katanya, perubahan status akan berlaku dengan perubahan bilangan ahli isi rumah, perubahan pendapatan, bantuan yang diterima atau ditamatkan serta perubahan maklumat lain seperti meninggal dunia atau berpindah ke negeri lain.

"Bagi penyelarasan program kemiskinan tegar di negeri ini, kerajaan negeri menubuhkan dua Jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Teknikal Menoktahkan Miskin Tegar bagi usaha menyelaras dan memantau Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah menjelang 2024 ataupun 2025.

"Secara prinsipnya, pengukuran kadar kemiskinan yang diguna pakai adalah berdasarkan nilai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) untuk kemiskinan mutlak dan PGK Makanan untuk mengukur kemiskinan tegar.

"Bermula tahun ini, pelaksanaan program kemiskinan akan menggunakan PGK 2022 yang menyaksikan peningkatan daripada RM2,537 kepada RM2,742. Manakala, PGK Makanan meningkat daripada RM1,179 kepada RM1,218," jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Alias Sani (WARISAN-Sekong) mengenai langkah kerajaan untuk membawa Sabah kelaur dari kedudukan tercorot negeri miskin di Malaysia pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Hajiji berkata, sebagai tambahan kepada definisi kemiskinan sedia ada, kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya (SSMJ) mengambil langkah proaktif dalam memperhalusi definisi kemiskinan tegar di negeri ini melalui 13 indikator tambahan kemiskinan tegar.

Menurutnya, ia termasuk pemilikan rumah, pekerjaan, pemilikan tanah, kemampuan membayar perkhidmatan asas, kecacatan fizikal ataupun mental, penyakit kritikal, kenderaan, haiwan ternakan, status pendaftaran kelahiran, serta tahap pendidikan.

"Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah akan dilaksanakan secara berfasa iaitu program jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

"Bagi program jangka masa pendek, ia merangkumi lima program iaitu program MySMJ Profiling, MySMJ Kerja PBT, MySMJ Kerja DO, MySMJ Kerja GLC dan MySMJ Kerja Industri.

"Program jangka masa sederhana, sebanyak lima program akan dilaksanakan antaranya MySMJ: Tani, MySMJ: Mikro, Rumah Mesra SMJ, MySMJ: Tour dan MySMJ: Care," katanya.

Beliau berkata, bagi jangka masa panjang, terdapat dua program iaitu MySMJ: Modal Insan dan MySMJ: Teroka. Secara prinsipnya, bagi pemadanan atau intervensi bantuan yang bersesuaian kepada miskin tegar, program ini akan meliputi lima aspek utama iaitu pekerjaan, keusahawanan, perumahan, pendidikan dan kebajikan.

"Dalam usaha kerajaan negeri bergerak dalam program kemiskinan tegar ini, data-data yang tepat diperlukan dalam menyokong kepada bantuan intervensi yang bersesuaian untuk disalurkan kepada KIR dan AIR yang dikenal pasti.

"Sekretariat SMJ bersama Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri (ICU), Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah memulakan kerja verifikasi lapangan data eKasih bagi mengenal pasti padanan bantuan yang bersesuaian kepada golongan miskin tegar di negeri ini," jelasnya.

Dalam pada itu, Alias dalam soalan tambahannya turut bertanya mengenai percanggahan jumlah KIR yang berstatus miskin tegar di Sabah yang tidak sama seperti yang dinyatakan oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di Parlimen.

Hajiji menjelaskan, berkemungkinan data yang disebutkan oleh Menteri Ekonomi adalah data terdahulu yang belum dikemas kini memandangkan data yang dinyatakannya adalah data terkini yang disahkan oleh pihak ICU negeri.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 4769 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.046292 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list