CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20842|Reply: 0

[Sabah] Tuntutan pemberian khas dibuat secara berfasa selepas Julai

[Copy link]
Post time 22-4-2024 09:17 PM | Show all posts |Read mode


BERSIDANG: Masidi (dua kanan) semasa persidangan DUN Sabah semalam.

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan membuat tuntutan secara berfasa bagi pemberian khas tanpa perlu menunggu data lengkap daripada kerajaan Persekutuan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, tindakan itu akan diambil selepas tamat tempoh rundingan yang ditetapkan selama setahun pada Julai tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri juga akan membuat kiraan sendiri jumlah yang perlu dituntut berdasarkan kepada data yang diumumkan oleh agensi kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, bagi memperoleh pemberian khas daripada kerajaan Persekutuan, kedua-dua kerajaan negeri dan Persekutuan perlu mencapai kata sepakat dan persetujuan untuk mendapatkan data lengkap berhubung tuntutan berkenaan.

Bagaimanapun jelasnya, sehingga kini kerajaan Persekutuan masih belum menyediakan data dan maklumat lengkap untuk Sabah membuat tuntutan berkenaan walaupun selepas lapan kali diminta oleh kerajaan negeri.

"Sampai sekarang tiada jawapan yang munasabah. Kita bersetuju dengan apa yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri II bahawa kita diberi satu tahun dari Julai tahun lepas untuk berunding.

"Kita ambil itu sebagai satu janji dan jika selepas Julai ini tiada persetujuan dicapai di antara kerajaan negeri dan Persekutuan, terserah kepada kita untuk melantik penaksir bebas.

"Sementara itu, kita juga menyatakan selepas Julai, kita akan buat tuntutan secara berfasa tanpa data-data yang lengkap daripada Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin (UMNO-Lamag) mengenai tindakan yang perlu diambil kerajaan negeri untuk melantik penaksir bebas melalui platform Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya tiada persetujuan dicapai dari kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt berkata, kerajaan negeri berpegang teguh untuk mengekalkan formula asal pemberian khas seperti yang termaktub di Perkara 112C dan Bahagian IV Jadual Kesepuluh Perlembagaan Persekutuan iaitu dua per lima atau 40 peratus daripada Hasil Bersih Persekutuan di Sabah.

Menurutnya, Semenjak rundingan ke atas amaun pemberian khas dimulakan, kerajaan Persekutuan membayar RM125.6 juta pada 2022 dan seterusnya RM300 juta pada 2023 yang mana kerajaan negeri bersetuju menerima bayaran itu sebagai penyelesaian secara interim.

"Saya yakin dan percaya rundingan kerajaan Persekutuan dan negeri akan membuahkan hasil yang kita nantikan sekian lama untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat di negeri ini.

"Bagaimanapun, apabila tempoh rundingan satu tahun ini tamat dan jika rundingan itu gagal mencapai sebarang persetujuan, maka kerajaan negeri mempunyai pilihan untuk melantik seorang penaksir bebas selaras dengan Perkara 112D(6) Perlembagaan Persekutuan," jelasnya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Bung Moktar mengenai hasrat kerajaan yang mencadangkan penaksir bebas dilantik menurut Perkara 112D Fasal 6 bagi menentukan jumlah wajar Pemberian Khas daripada kerajaan Persekutuan sebagaimana peruntukan Perlembagaan Persekutuan Jadual Kesepuluh Bahagian Empat Subseksyen 2(1).


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23536 Replies : 145
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 8809 Replies : 1
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.049746 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list