CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24141|Reply: 0

[Sarawak] Kenaikan sewa hotel bajet akan jejas pelancongan

[Copy link]
Post time 22-4-2024 10:46 PM | Show all posts |Read mode
Ia tidak seharusnya dipertimbang sebagai penyelesaian hadapi peningkatan kos atau ancaman kepada industri



"Mereka perlu tinggal di suatu tempat walaupun tanpa anda (hotel) melakukan pemasaran (promosi). Industri ini berkembang maju. Bersyukurlah.”

Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan

KUCHING: Rancangan Persatuan Hotel Bajet dan Bisnes Malaysia (MyBHA) untuk menaikkan kadar sewa bilik hotel bajet dalam tempoh tempoh tiga bulan lagi akan memberi kesan kepada industri pelancongan dalam jangka masa panjang, kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata langkah menaikkan kadar sewa itu tidak seharusnya dipertimbangkan sebagai jalan penyelesaian dalam menghadapi isu peningkatan kos operasi atau ancaman kepada industri, sebagaimana yang didakwa persatuan.

“Ia tidak akan membantu industri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian Trofi Premier Sarawak bagi Kejohanan Tenis Remaja di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden MyBHA Sri Ganesh Michiel pada Sabtu lepas, bahawa hotel bajet Sarawak akan menaikkan kadar sewa bilik mereka sekiranya tiada sebarang langkah diambil terhadap pelbagai aktiviti yang mengancam perniagaan mereka.

Antara ancaman yang disentuh Sri Ganesh adalah berkaitan operator hotel tidak berlesan yang menawarkan sewa bilik jangka pendek, aktiviti agensi pelancongan tanpa penyeliaan, di samping kos operasi yang melonjak.

Abdul Karim berkata kementeriannya serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah bekerja keras untuk menganjurkan lebih 200 acara setiap tahun bagi menarik pelancong datang ke Malaysia, yang seterusnya memberi manfaat kepada industri perhotelan.

Beliau berkata bagi Sarawak, acara-acara berkenaan telah menarik kehadiran ramai pelancong, yang pastinya perlu tinggal di hotel dan ini membuatkan kadar sewa bilik hotel terus meningkat.

“Mereka perlu tinggal di suatu tempat walaupun tanpa anda (hotel) melakukan pemasaran (promosi). Industri ini berkembang maju. Bersyukurlah,” katanya.

Merujuk kepada isu pengusaha tidak berlesen yang menjejaskan perniagaan hotel bajet, beliau berkata walaupun proses pelesenan hotel terletak di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan, kementeriannya sedia bekerjasama bagi memastikan semua pengusaha di negeri ini dikawal selia.

"Kita akan meneliti perkara ini dan membincangkannya dengan kerajaan tempatan, mengenai cara untuk menanganinya," katanya. -- BERNAMA


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.065606 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list